Mengapa Anak saya selalu batuk?

cough

Q: Dr, saya ada anak lelaki yg umurnya 11bln. since dia umur 3bln lg, dia dh start kena pneumonia dan kena sedut gas. then, lepas jadi mcm tu, setiap sebulan mesti dia akan batuk-batuk smpai sesak nafas dan di dadanya dapat dengar bunyi kahak yang kuat. perkara ni berlarutan sampai sekarang. baru-baru ni dia dah sedut lagi gas utk kali ke 2 dan continue makan ubat batuk, demam dan selesema. saya takut sekiranya ubat yang pelbagai jenis tu akan beri kesan buruk terhadap badannya, dan adakah biasa batuk yang sebegini terhadap kanak-kanak seusianya? apa pandangan doktor? apa yang patut saya lakukan? adakah terdapat cara lain untuk mengatasi masalah ini. ( mamazures)

A: Hi Mama-Zures,

Batuk adalah cara badan kita melindungi salur pernafasan, dan mengeluarkan kahak, debu dan kotoran dari salur pernafasan kita. Batuk dengan sendirinya tidak berbahaya, tetapi kita perlu mengenalpasti apa yang menyebabkan batuk. Antara punca batuk dalam kanak-kanak adalah jangkitan kuman di hidung, tekak dan paru-paru, penyakit lelah (bronchial asthma) atau hingus yang menitis di belakang hidung (postnasal drip). Sila rujuk kepada artikel yang ditulis oleh Dr. Faisal, untuk keterangan lanjut:

http://doktorbudak.com/2013/07/20/anak-saya-batuk-malam/

Masalah jangkitan virus yang menyebabkan batuk, selesema dan demam sering berlaku dalam bayi antara 6 bulan hingga 2 tahun. Ini adalah kerana system pertahanan badan (immune system) masih belum matang, dan menyebabkan bayi kecil lebih mudah menghidapi jangkitan salur pernafasan. Mungkin anak puan telah menghidapi jangkitan sedemikian beberapa kali kebelakangan ini. Apabila kanak-kanak membesar dan system ketahanan badan menjadi matang, kadar jangkitan virus biasanya menjadi kurang.

Biasanya, badan kita akan melawan jangkitan tersebut dan beransur pulih. Jangkitan virus biasanya tidak memerlukan rawatan antibiotik. Ubat demam, iaitu Paracetamol, boleh diberikan sekiranya kanak-kanak demam. Ubat batuk, selesema dan ubat cair kahak tidak sesuai digunakan pada kanak-kanak kecil, terutama di bawah umur dua tahun. Ubat ini, yang dipanggil ‘antihistamine’ boleh menyebabkan kesan buruk yang berbahaya, termasuk masalah pernafasan, kanak-kanak terlalu mengantuk, dan sawan.

Puan harus bawa anak SEGERA untuk pemeriksaan oleh doktor sekiranya terdapat masalah seperti:

• Demam tinggi
• Kurang minum / muntah berterusan
• Kurang aktif
• Pernafasan lebih laju dari biasa, atau susah nafas
• Batuk berterusan lebih seminggu
• Ibu bapa berasa risau tentang kesihatan anak

( answered by Dr Pravin Vasanthan )

See Also : Mengapa Anak saya batuk malam ?


Posted

in

by

Tags:

Comments

25 responses to “Mengapa Anak saya selalu batuk?”

  1. yusriah Avatar
    yusriah

    Assalamualaikum Dr..anak sy beeumur 4bulan..die mengalami demam+batUK+seleseme..demam die on off la Dr…da 3mngu mcm nie..batuk+seleseme still Ade..mcm2 cara sy buat termasuk kaedah wap..tp still demand+batuk+seleseme..rsau sgt2..

  2. adnan Avatar
    adnan

    Salam doc,
    Anak sy berusia 7 bulan.2-3 hari lepas, dia demam+selsema+batuk..najisnya juga berwarna hitam.sebelum ni normally hijau. sy telah pergi ke klinik and doc bagi ubat batuk and antibiotik. tapi kkm tak sarankan ubat batuk under 2 years.So, apa perlu saya buat?

  3. khyrul Avatar
    khyrul

    Salam Dr,
    Anak saya +ve batuk kokol. what should we do coz we as parents nk elakkan daripada perubatan moden. nk try rawatan tradsional atau selain daripada ubat hospital. Any suggestion?
    TQ.

  4. ieda Avatar
    ieda

    Doktor, anak saya berusia 6 bulan,dia kerap batuk,batuk berminggu2, elok 2 ke 3 hari kmudian batuk lagi…sebenarnya apakah punca dia batuk dan apakah cara mengatasinya…dah banyak klinik sy pergi tapi masih jua berulang batuknya….

  5. zmie Avatar
    zmie

    DR.ANAK SAYA BERUSIA 9 BULAN KINI SUDAH MASUK 2 MINGGU SELSEMA TIDAK BAIK..SEBELUM INI DIA ADA DEMAM CAMPAK, BATUK DAN SELSEMA. ADAKAH SELSEMA ITU DISEBABKN FAKTOR PERSEKITARAN DI RUMAH..MOHON PENCERAHAN

  6. farah Avatar
    farah

    dr..saya menjaga anak saudara berusia setahun.anak saudara saya sering batuk dan selsema sehingga pernafasannya berbunyi terutama ketika tidur.apabila batuk dia tidak mahu menyusu dan makan.dr di klinik swasta pernah memberi gas utk mencairkan kahak.keadaannya baik selepas itu.sebulan selepasnya dia batuk lagi dan memdapat rawatan di hospital dan diberi ubat batuk salbutamol tetapi keadaannya semakin teruk.utk pengetahuan dr anak saudara saya sering mengalami demam dan batuk sejak berusia 4bln selepas mengalami cirit birit dan dr mencadangkn supaya menukar susu.

  7. Sue Avatar
    Sue

    Dr, anak sy berumur 1 bulan 28 hari dan batuk dijangkiti dari rumah pengasuh. Sy dah bawa anak berjumpa dgn doctor pakar dan doc kata anak sy menghidapi AC Bronchitis.

    Dr pakar tersebut memberi ubat salbutamol dan mucolator. Adakah kesan buruk jika sy memberi ubat kpd anak sy yg berusia sebulan lebih ini? Dan perlu ke sy beri air suam selepas memberi ubat?

  8. Amy Avatar
    Amy

    doctor
    anak saya umor 9bulan dia demam,batuk dan selsema bila saya p klink doc bg ubat cair kahak tp ubat da habis ank sy masih batuk berterusan da hmpir 2minngu..deman n selsema da baik..

  9. sue Avatar
    sue

    Dr.
    anak saya berumur 1 tahun. since umur 6 bulan sampai sekarang, anak saya selalu selsema, batuk berkahak diikuti dengan deman. setakat ini, sudah 5 kali anak saya ambil gas. tp masalah dia still sama. dalam sebulan mesti sekali atau lebih dia akan batuk. Dr. yang saya refer bagi ubat cair kahak dan batuk. adakah ubat tersebut boleh diberikan kepada anak saya di bawah umur 2 tahun. kenapa batuk ini terjadi kepada anak saya.

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Sue, melalui deskripsi yang Puan berikan saya merasakan anak mempunyai masalah salur pernafasan yang sensitif. Adakah simptom tersebeut semakin reda selepas diberikan gas? adakah dia batuk (walaupun sedikit) ketika makan atau minum benda sejuk atau waktu hujan . Adakah pernafasannya adakala berbunyi. Untuk mengetahui mengapa anak batuk, pemeriksaan perlu dilakukan oleh pakar pediatrik memandangkan masalah ini telah kerap kali berulang. Ada pelbagai soalan lain yang perlu diajukan untuk mendapatkan diagnosis dan pemeriksaan perlu dilakukan secara terperinci agar masalah tersebut boleh diatasi dengan ubat yang bersesuaian.

  10. aiin Avatar
    aiin

    doktor, anak saya baru berusia 3 bulan & sudah beberapa minggu mengalami batuk. batuknya semakin berkurangan tetapi masih ada terutama jika waktu sejuk. ada tak cara untuk hilangkan batuk tersebut?saya sudah bawa ke klinik,tetapi masalah batuknya masih tidak hilang.

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Puan, saya menyarankan agar puan membawa anak berjumpa pakar pediatrik untuk pemeriksaan memandangkan simptom tersebut berpanjangan . Untuk menghilangkan batuk tersebut , diagnosis atau puncanya perlu diketahui. Pemeriksaan perlu dilakukan.dengan terperinci. Selain daripada itu, pastikan anak tidak terdedah kepada sebarang asap atau rokok.

  11. Dr Pravin Avatar
    Dr Pravin

    *comment notification system ON*

  12. noritah Avatar
    noritah

    Salam doktor..anak saya dah masuk 6 tahun..masalahnya skg anak sa mudah sgt mendapat batuk berkahak..pernah saya bwk anak sa berupa doktor panel dan dia menyusup anak sa menyedut gas..tp masalahnya ttp sama..skg ni dah dkt 2 minggu anak sa batuk kahak
    ..tp still aktif jugak..Saya dah tak bg ubat batuk sbb saya takut kesan dia d kemudian hari..sila bg nasihat apa yg halus saya buat..terima kasih

    1. Dr Foo Avatar
      Dr Foo

      atuk adalah cara badan kita melindungi salur pernafasan, dan mengeluarkan kahak, debu dan kotoran dari salur pernafasan kita. Batuk dengan sendirinya tidak berbahaya, tetapi kita perlu mengenalpasti apa yang menyebabkan batuk. Antara punca batuk dalam kanak-kanak adalah jangkitan kuman di hidung, tekak dan paru-paru, penyakit lelah (bronchial asthma) atau hingus yang menitis di belakang hidung (postnasal drip).

      Untuk merawat batuk yang berpanjangan, harus pastikan bukan masalah seperti diatas. Maka anak mungkin perlu ubat untuk masalah alahan hidung, ubat asma.

      *sorry for the late reply. the delay is mainly due to the fact that we do not check for questions that come through this comment section actually because questions are supposed to be asked through the Ask Doktorbudak button in the top panel of this website.*

  13. mama miavsya Avatar
    mama miavsya

    Susu apakah yg sesuai utk budak asma?

    1. Dr Foo Avatar
      Dr Foo

      Pilihan susu tidak akan menolong Asma kecuali anak allergi kepada susu lembu atapun susu soya.

      *sorry for the late reply. the delay is mainly due to the fact that we do not check for questions that come through this comment section actually because questions are supposed to be asked through the Ask Doktorbudak button in the top panel of this website.*

  14. Norfaradila Abdullah Avatar
    Norfaradila Abdullah

    Assalamualaikum Doc, anak lelaki saya sekarang berusia 2 tahun 1bln, lahir pada 35 minggu dan berat dalam 2.08kg…anak saya sering alami batuk di malam dan pagi hari. Apa yang perlu saya buat sedangkan saya telah membawa anak untuk berjumpa pakar dan doc telah memberi ubat batuk pada anak tetapi hingga kini masih batuk…Apa yang perlu saya buat? Terima kasih, Doctor.

  15. Izwin Avatar
    Izwin

    hi doctors. my son is now 18 months old and was hospitalized twice before this (at 9 months and 15 months) for bronchiolitis. for the past 3 days, his body temp went up and down, with coughs and last night he started having runny nose. i noticed his cough sounds more chesty now too. i read that flu and cough syrup aren’t suitable for kids below 2, so how do i manage these attacks? cause every time i go to the GP, they’ll prescribe him with flu n cough syrup (something + ventolin). FYI, my family has a history of asthma, and i’m really worried my son is beginning to inherit it 🙁

    1. doktorbudak Avatar

      He needs to be examined to see if his airways are affected . Often children have cough and runny nose and resolve after a few days. However if he starts having difficulty in breathing , rapid breathing or wheezing , then the airways are affected . There is an article on asthma written by Dr Aileen that would be helpful for you to determine if his symptoms are likely to be due to asthma.

  16. Azura Avatar
    Azura

    anak saya 11 bulan and almost 2 week batuk + selsema. dah bawah jumpa dr. tp mengikut artikel dr…pemberian ubat selsema, batuk dan cair kahak berbahaya kepada kanak-kanak < 2 tahun..so mcmn ubat yang dr bagi tu perlu ke saya teruskan. untuk makluman dr…ubat yang dibekalkan adalah salbutamol..ventamol expectorant..lg satu saya tak pasti tp mcm ada tulis bronchial for children pada label ubat tu. pls advise

    1. doktorbudak Avatar

      Ubat salbutamol adalah ubat untuk salur pernafasan yang mengecut dan sempit . Namun ia sebenarnya bukanlah ubat batuk walaupun adakala ia digunakan untuk mengurangkan batuk yang disebabkan oleh masalah di atas. Ia boleh digunakan sekiranya perlu dan dengan nasihat doktor.

  17. Fida Avatar
    Fida

    Anak sy pon batuk juga. Since 7months now dah 2years. Pernah kena pneumonia .. Bagi ubat batuk pon batuk dia still x baik kecuali dia dapat antibiotik zhitromax. So if batuk .. Doc keep bg ubat batuk and zhitromax. Adekah bahaya bagi anak saya menganbil antibiotik selalu? 2bulan skali mesti dia akan batuk.

    1. doktorbudak Avatar

      Kebanyakan batuk tidak memerlukan antibiotik melainkan demam yang tinggi dan nafas laju. Dan selepas pemeriksaan doktor menunjukkan ada jangkitan paru paru atau jangkitan tekak dan telinga yang teruk .Antibiotik diperlukan untuk jangkitan yang disebabkan oleh kuman bakteria sedangkan kebanyakan masa kanak-kanak kerap dapat batuk kerana jangkitan virus yang tidak memerlukan antibiotik. Persoalannya bukan tentang bahaya tapi adakah perlu?