Adakah Vaksin MMR selamat ?

vaccine

Q:  Adakah vaksin MMR selamat? Saya banyak mendengar dan membaca tentang MMR vaksin boleh menyebabkan masalah autism di kalangan kanak kanak. Anak saya akan menjangkau usia setahun tak lama lagi dan saya ragu ragu tentang ini. Mohon pencerahan doktor (Shahrul).

A: Shahrul, terima kasih kerana bertanya tentang kaitan MMR vaksin dan autism.

Saya memahami kerisauan dan dilema yang anda alami apatah lagi sejak akhir-akhir ini topik ini hangat dibincangkan di laman sosial. Namun begitu , kenyataan ini sememangnya tidak berasas langsung. Kontroversi MMR vaksin dan autism bermula pada tahun 1998 apabila hasil kajian Dr Andrew Wakefield, seorang pakar bedah British disiarkan dalam jurnal perubatan, The Lancet.

Kajian tersebut dikatakan telah menemui kaitan antara vaksin MMR dengan autism dan masalah usus. Tidak lama kemudian, The Lancet telah bertindak menarikbalik artikel yang disiarkan setelah mendapati bahawa Wakefield telah memutarbelitkan fakta dan kajian yang dilakukan melanggar etika. Malah 10 daripada 12 orang pengkaji yang pada mulanya terlibat dalam kajian tersebut juga telah bertindak menarik diri dan telah menegaskan bahawa mereka tidak mahu ada kena mengena dengan artikel tersebut.

Akibat dari kesalahan Wakefield, lesen perubatannya ditarikbalik dan beliau tidak lagi bergelar doktor. Ini kerana kesalahan memutarbelitkan fakta adalah satu kesalahan yang sangat serius. Dalam masa itu, ramai rakyat British telah bertindak untuk tidak membenarkan anak-anak mereka diberikan vaksin MMR. Akibatnya, masalah campak telah meningkat secara mendadak di United Kingdom dan ramai kanak-kanak yang mengalami komplikasi penyakit campak seperti jangkitan otak yang sejurusnya mengakibatkan kecacatan malah kematian.

Masalah campak telah meningkat secara mendadak di United Kingdom dan ramai kanak-kanak yang mengalami komplikasi penyakit campak seperti jangkitan otak yang sejurusnya mengakibatkan kecacatan malah kematian.

Sejak kontroversi Wakefield, banyak kajian dilakukan oleh ahli perubatan untuk melihat kaitan antara vaksin MMR dan autism . Hasil kajian-kajian ini mendapati vaksin MMR sememangnya selamat dan tidak langsung menyebabkan masalah autism seperti yang dikatakan oleh Wakefield. Sayangnya, masih ada lagi golongan-golongan tertentu yang mempercayainya dan bertindak menyebarkan kenyataan yang tidak berasas ini.

Saya merasakan orang ramai wajar tahu tentang kebenaran vaksin MMR dan penyakit Measles, Mumps dan Rubella ini kerana seandainya kita memahami komplikasi yang mungkin terjadi daripada penyakit-penyakit ini, mana mungkin kita membiarkan anak -anak terdedah pada risiko penyakit-penyakit tersebut. Selain itu , perlu juga diketahui bahawa setiap vaksin melalui proses yang sangat ketat dan mengambil masa bertahun-tahun sebelum diluluskan penggunaannya bagi  memastikan ianya selamat digunakan. Tahukah anda, sebelum vaksin MMR diperkenalkan, terdapat lebih 2 juta kematian setiap tahun kerana demam campak?

Apakah penyakit-penyakit yang dilindungi oleh vaksin MMR ?

Measles (Demam campak), Mumps (beguk) dan Rubella ( rubela) adalah 3 penyakit yang mudah berjangkit. Campak biasanya bermula dengan demam dan bintik-bintik merah di muka dan badan. Namun, masalahnya tidak berhenti di situ. Campak boleh menjangkiti organ-organ lain seperti paru dan otak yang seterusnya boleh menyebabkan kecacatan serius dan kematian. Beguk atau jangkitan pada kelenjar air liur pula dimanifestasi sebagai bengkak kelenjar dan demam , turut berisiko menjangkiti testes pada kanak-kanak lelaki dan organ pankreas. Rubela pula biasanya mengakibatkan masalah tompok tompok kecil pada badan yang biasanya sembuh dalam 1-2 minggu namun kesannya pada bayi yang dikandung oleh wanita yang tidak mendapatkan vaksin sangat merbahaya. Kongenital Rubela menyebabkan masalah otak, jantung, hilang pendengaran dan penglihatan , masalah darah dan radang hati.

Saya percaya ramai pakar Pediatrik yang mempunyai pengalaman melihat dan merawat kes-kes ini memandangkan ianya semakin meningkat. Antara kes yang saya masih ingat ialah seorang bayi lelaki yang ibunya adalah wanita 20-an warga asing. Bayi lelaki tersebut berusia 3 – 4 bulan ketika anak tersebut menemui ajal. Dia mengalami kongenital Rubela dan  mempunyai masalah lubang pada jantung , perut yang besar kerana bengkak hati, masalah hilang pendengaran dan penglihatan yang serius. Kepalanya kecil disebabkan otaknya yang terjejas akibat jangkitan tersebut. Ibunya tidak divaksin untuk Rubella semasa kecil.

Ini hanyalah salah satu contoh dari banyak kes yang berlaku akibat jangkitan MMR. Maka, bukankah ianya satu keputusan yang wajar untuk melindungi anak-anak daripada penyakit-penyakit tersebut memandangkan langkah pencegahannya ada. Bukankah pencegahan itu lebih baik dari mengubati?

Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang kesan sampingan vaksin MMR. Biasanya, kesan sampingannya sangat kecil berbanding dengan komplikasi penyakit-penyakit Measles-Mumps-Rubella,  Ini termasuk demam atau rasa sakit pada tempat cucuk. Adakala bintik-bintik merah boleh berlaku namun ia akan hilang selepas 2-3 hari.

Ada segolongan kecil yang tidak dibenarkan  mengambil vaksin MMR. Ini termasuk kanak-kanak yang mempunyai sistem imun yang rendah seperti kanak-kanak yang menghidap masalah rendah antibodi, AIDS, mengambil ubat steroid untuk jangkamasa yang lama, telah mendapat rawatan untuk immunoglobulin atau kemoterapi untuk kanser. Kanak-kanak ini biasanya sudah berada dalam pemerhatian pakar Pediatrik. Mereka yang mempunya alahan terhadap telur boleh mengambil vaksin MMR kerana ianya selamat.

Beberapa tahun yang lalu, bayi yang mempunyai alahan kepada telur dikatakan mempunyai risiko terhadap pengambilan vaksin MMR, namun kajian-kajian berikutnya menunjukkan bahawa kes alahan teruk kepada MMR bukanlah disebabkan oleh telur tapi kepada komponen lain seperti gelatin (yang juga sangat jarang berlaku). Ramai bayi yang ada alahan kepada telur telah diberikan vaksin MMR tanpa komplikasi.

Diharapkan artikel ini dapat menjawab keraguan terhadap vaksin MMR.

( answered by Dr Zahilah Filzah )


Posted

in

by

Comments

20 responses to “Adakah Vaksin MMR selamat ?”

  1. nasha Avatar
    nasha

    doktor…
    sy mempunyai seorang ank perempuan autism berusia 3.5y..soalan sy, perlukah sy memberikn vaksin MMR pd adik lelakinya nnti kerana sy riso ank2 sy alah pd vaksin ini..sy takut ank no2 sy jge menghidap autism..ank autism sy mula menunjukkn perubahan slps suntikan..bbrpe perkataan yg dlu disebut mule hilang..bntula sy doktor

  2. Michelle Ho Avatar
    Michelle Ho

    Hi Doc..
    My girl (5yrs 4mths) was given the booster jab for Chicken Pox recently. But according to the Pediatrician, she needs to be given another booster jab for MMR as well. According to the immunisation schedule, once the child reach 7yrs old, they’ll be given booster jab for MMR right? So, is it necessary to take the MMR booster jab now since there will be given at 7yrs old?

  3. Dr Zahilah Avatar
    Dr Zahilah

    *comment notification system

  4. marina Avatar
    marina

    Dear doc..
    Saya nk tanye.adakah terdapat sebarang perbezaan kualiti vaksin antara klinik swasta dan kerajaan?

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Marina, tiada perbezaan dari sudut kualiti pada vaksin yang sama, cuma ada sesetengah vaksin optional tidak terdapat di hospital kerajaan contohnya vaksin pneumococcal dan rotavirus.

  5. […] berjangkit ini merbahaya? Ya, saya mengambil demam campak sebagai contoh. Dalam artikel oleh Dr. Zahilah sebelum ini, Ádakah vaksin MMR selamat?‘ telah diterangkan bahawa sebelum vaksin MMR diperkenalkan, terdapat 2 juta kematian daripada […]

  6. shafiq Avatar
    shafiq

    Salam dktor ank sy br berusia setahun pd 19 Jan yg lpas dan pd 23 hb sy mmbw anak ke klinik spt yg djadualkn. Stlh mengetahui ank sy alergi dgn telur dktr tdk jd utk memberi vaksin dn ank sy dberi tarikh lain utk suntikan . kt dktr suntikn akn dberi awal pg dn ank sy akn dpntau selama 4 jam. Ank sy mnunjukkn gejala spt ruam seolah2 gigitan nyamuk d sekeliling bibir. tp bibirnya tdk bgkak.. Adakah selamat utk dia terima vaksin MMR itu dktr.

    1. doktorbudak.com Avatar
      doktorbudak.com

      Shafiq,
      Boleh ambil vaksin kerana kes yang perlu berhati-hati ialah apabila bayi alah teruk pada telur – sukar bernafas, tekanan darah turun .

  7. Erma Avatar
    Erma

    Salam Doktor,

    Saya just tertanya2 jika di dalam vaksin MMR ke tiga2 penyakit maksudnya di dalam vaksin tersebut termasuk untuk melindungi RUbella yang mana setahu saya ia untuk perempuan. So adakah boleh untuk bayi lelaki?

    Terima kasih

    1. doktorbudak Avatar

      HI Erma, Vaksin MMR diberikan kepada bayi lelaki dan perempuan. Jangkitan Rubella juga berlaku kepada lelaki dan bukan wanita sahaja.

  8. Hadilah Harun Avatar

    salam dr..sebaiknya bila kita bole bg vaksin ini kpd ank ye?skrg ank sy brusia 6 bln..

    1. doktorbudak Avatar

      Umur setahun. Ikut program imunisasi kebangsaan ya, dapatkan kat klinik kesihatan.

  9. nurul aini Avatar
    nurul aini

    Salam dr. Saya nak bertanya, anak saya berusia 9 bulan masih menyusu badan, tp x sepenuhnya, sya sudah perkenalkan dia dengan susu formula pada umur dia 7 bulan, namun dia masih tak mahu minum susu formula, pelbagai susu formula telah sya perkenalkan, contohnya dumex, dutch baby, susu kambing karihome dan enfalac a+, puting susu juga telah saya tukar contohnya fifi, mam nuby dan yang biasa2. reason sya perkenalkan susu formula kerana susu sya tidak mencukupi utk sya bekalkan seharian dia di taska. anak sya sangat suka makan, dan banyak makan, di taska, pengasuh memberi dia makan yang banyak untuk mengelakkan dia lapar sbb dia kurang minum susu. Soalan sya ialah bagaimana sya nak pastikan anak sya cukup calsium? sbb setahu sya bayi usia ni, masih memrlukan banyak susu berbanding makanan. terima kasih -aini-

    1. doktorbudak Avatar

      Nurul aini, apabila makanan diperkenalkan pada usia 6 bulan, secara beransur ansur bayi akan kurang minum susu apabila pemakanan pejalnya bertambah. Sekiranya puan mengikuti program pemeriksaan bayi di klinik kesihatan ataupun swasta semasa imunisasi, bayi akan ditimbang dan diukur untuk melihat samada tumbesarannya memuaskan . Sekiranya TUMBESARAN BAIK dan bayi SIHAT, secara asasnya zat dan garam galian dalam badan termasuk kalsium mencukupi. Kami akan mengeluarkan artikel mengenai panduan memberi makan pada bayi tak lama lagi.

  10. Emilia Avatar
    Emilia

    Saya selalu mendengar kawan2 bercerita tentang autism yang disebabkan oleh vaksinMMR tapi tidak tahu certa sebenar di sebaliknya. Terima kasih doktor. Rasanya ibu bapa tak perlu lagi takut dengan MMR vaksin ni. Saya telah mengambil keputusan untuk memberi vaksin untuk anak saya sebab saya pasti doktor lebih arif dalam bidang ini. Lagipun ramai yang divaksin tanpa komplikasi.

  11. […] berjangkit ini merbahaya? Ya, saya mengambil demam campak sebagai contoh. Dalam artikel oleh Dr. Zahilah sebelum ini, Ádakah vaksin MMR selamat?‘ telah diterangkan bahawa sebelum vaksin MMR diperkenalkan, terdapat 2 juta kematian daripada […]

  12. doktorbudak Avatar

    You mean kajian Islam on vaccinations per se? Not that I know of. However , if you want to know what is Islam’s stand on vaccination , you may read Sheikh Yusuf al Qaradawi’s article below. You may also check out the fatwa on Jakim’s website .

    http://www.e-infad.my/FMS_en/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=2118&Itemid=59

  13. mssf Avatar
    mssf

    Hai doc, this comment is not specifically to this topic but includes all the entries written below.. My qstion is, do u have Islamic point of view or study instead of Western or AAP as reference? Cuz, most of ur entry are focusing on AAP right? Ataupun, mmg kajian Islamic takde? Just asking 🙂

    1. Noor Avatar
      Noor

      Dear mssf,

      I’m not the doc, but I feel moved to answer this…Please check the link provided below…

      http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pandangan-islam-terhadap-imunisasi-campak-tibi-batuk-kokol-dipteria-tetanus-dan-pol

      and another bog that is worth reading…

      http://drzubaidi.com/blog/?p=3024#comment-8935