Perlukah cabut gigi yang rosak ?
Q : Hi doctor. Anak lelaki saya umur 6 tahun. Sekarang gigi keseluruhan rongak. Gigi depan hitam dan tinggal tunggul. Saya ada bawa jumpa dentist, dan dimaklumkan gigi tersebut akan gugur sendiri. Tak perlu dicabut. Apa yang merisaukan, saya takut gigi baru akan tumbuh atau ia melambatkan pertumbuhan gigi baru. Saya risau pemakanan dia pun kurang dan mungkin malu sebab tahun depan akan naik darjah 1. Apa pandangan doktor ? ( sid )
A: Salam sejahtera Puan,
Anak puan mengalami masalah kerosakan gigi atau karies pada gigi susu (primer). Karies boleh mengakibatkan struktur gigi ditandai dengan lubang yang berwarna coklat atau hitam dan sekiranya karies tidak terkawal ianya boleh menjalar ke saraf gigi atau merosakkan gigi sehingga hanya tertinggal tunggul gigi.
Gigi yang terlalu rosak atau tunggul biasanya tidak terasa sakit tetapi ada kemungkinan infeksi boleh berlaku sehingga terjadinya abses (bengkak gusi).
Dalam keadaan ini, pencabutan gigi harus dilakukan.
Gigi kekal biasanya akan tumbuh setelah gigi susu gugur apabila umur kanak-kanak berusia sekitar 6 hingga 7 tahun. Bila gigi susu/tunggul menyekat pertumbuhan gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya maka pencabutan gigi susu/tunggul harus dilakukan.
Sekiranya, terdapat tunggul gigi yang tidak tanggal walaupun gigi kekal telah tumbuh dan ianya mengakibatkan gigi menjadi berlapis-lapis maka pencabutan tunggul gigi perlu dilakukan.
Puan adalah digalakkan untuk membawa anak puan berjumpa dengan doktor gigi selepas 6 bulan untuk pemeriksaan semula dan dapatkan nasihat tentang pencegahan karies gigi khasnya pada gigi kekal yang bakal tumbuh.
Brittle tooth
Q: Hi Doctor, my 2 years 10 months old daughter has brittle tooth. She had fallen down twice that caused her mouth to bleed, and cracked her front teeth to half. What should we do ?
A: Dear Parent,
I would presume your child had normal looking teeth at eruption, and perhaps overtime it appeared ‘chalky’ before becoming ‘brittle’. This condition is called “Early Childhood Caries” and it is most often seen in children before age 3 years. It is usually associated with bottle feeding especially during sleeptime.
The severity of Early Childhood Caries may vary; initially, the caries tend to affect the upper front teeth, then progressively the first and second molar teeth becomes affected. It may show an extremely fast progression and cause early pulp death. Furthermore, if the caries remain active, the teeth may easily be cracked or broken especially during falls.
In the first instance, if your child is bottle feeding, avoid bottle-feeding at night. Ensure your child has good oral hygiene by brushing twice daily with fluoridated toothpaste. See a dentist for professional advice on your child’s “brittle-teeth”, and to exclude other conditions including dental developmental anomalies.
( answered by Dr Kalaiarasu Peariasamy )

Comments
132 responses to “Soalan untuk doktor gigi”
Hello dokto,
sy bErumur 22 thn.. baru2 ni sy mencabut gigi atas hadapan. Sy mencabut hingga ke akar nya.kini gigi hadapan sy ronggak (tiada gigi lg). Sy ingin tahu ade x cara terbaik utk merawat gigi hadapan sy ? dan brape kosnya ??
Hi Aizat
Salam sejahtera. Setelah gigi dicabut, soket gigi akan sembuh secara normal dengan tisu dan tulang rahang antara 3-6 bulan. Pada masa ini, ruang boleh ditutup dengan menggunakan dentur separa (gigi palsu) bagi menggantikan gigi yang telah dicabut. Kos dentur separa atau gigi palsu bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Gigi palsu yang dibuat dengan plastik (akrilik) adalah lebih murah jika berbanding dengan yang diperbuat menggunakan logam (Kobalt Kromium). Juga kos pembuatan dentur berbeza di antara klinik pergigian kerajaan dan swasta.
Setelah tulang gigi telah sembuh sepenuhnya, ruang gigi yang hilang boleh juga diganti dengan jambatan pergigian (bridge) untuk menyambungkan gigi-gigi yang bersebelahan ataupun dengan menggunakan implan pergigian. Walaupun prostesis gigi ini tidak perlu ditanggal, tetapi kosnya adalah tinggi dan ianya memerlukan penjagaan yang sesuai.
Ada banyak faktor yang perlu diambil kira semasa membuat rawatan penggantian gigi samada gigi palsu ataupun jambatan. Aizat perlu berjumpa dengan doktor gigi samada di klinik kerajaan ataupun diswasta untuk pemeriksaan dan rancangan rawatan.
Dr Kalaiarasu
Hi doc. Saya pemakai braces umur baru 16 tahun .So, gigi cam tak keras lagi kan .so braces tu cepat je nak rata and now pakar gigi tu suruh cabut braces sebab dah takde apa nak buat ..saya risau gigi saya akan jadi jongang balik sebab ade kes kawan kakak saya jadi macam ni .apa pendapat doktor? Agak-agak pakai berapa tahun ya?
Hi Alia,
Rawatan braces (pendakap gigi) memerlukan kemahiran yang khas dan rawatan ini biasanya dilakukan oleh seorang Pakar Ortodontik. Semasa rawatan ortodontik, gigi seringkali akan terasa sedikit longgar kerana pergerakkan yang dilakukan dengan braces. Perkara ini adalah sementara sahaja dan gigi akan kembali kukuh apabila rawatan ortodontik selesai.
Apabila rawatan ortodontik telah selesai dan pendakap gigi ditanggal, Pakar Ortodontik akan memasang satu alat pemegang (aplians) samada jenis yang boleh ditanggal ataupun jenis yang tetap untuk memegang gigi yang telah baru tersusun. Alat pemegang ini akan mengurangkan relaps (pergerakan gigi kembali ke kedudukan asal) selepas selesai rawatan ortodontik.
Pemakaian alat pemegang gigi bergantung kepada risiko relaps, dan dalam keadaan normal, aplians digunakan sepenuh masa selama 6 bulan, diikuti 6 bulan seterusnya separa masa. Untuk kes-kes tertentu, Pakar Ortodontik akan mengesyorkan alat pemegang dipakai untuk jangkamasa yang lama atau secara tetap dan berterusan.
Dr Kalaiarasu
Hi,doc apakah menyebabkan gigi goyang?? Dan apakah cara atau petua nk menguatkan gigi yg sudah goyang menjadi kuat,sebab gigi ade yg goyang sedikit,keadaan ini meriadaukan saye ,harap doc leh jawab dan jelaskan,tq
Hi Skywalker,
Gigi boleh terasa goyang dalam banyak keadaan. Pada peringkat pertumbuhan gigi kekal, gigi susu akan mula goyang apabila akar gigi susu telah mengalami resorpsi (terhakis) oleh gigi kekal pengganti.
Gigi juga akan terasa goyang disebabkan kurang pegangan pada bahagian akar gigi apabila berlaku kecederaan gigi atau penyakit gusi. Gigi juga boleh bergoyang disebabkan pertumbuhan cyst tulang rahang ataupun penyakit sistemik.
Oleh itu, pemeriksaan mulut dan xray perlu dilakukan untuk mempastikan diagnosis dan rawatan yang sesuai.
Hi Dr,
Saya nak tanya tentang gigi saya. Saya berumur 21tahun. Saya rasa gigi saya macam goyang. Ni gigi kekal. Ada ke cara-cara untuk elak gigi saya tercabut? Tak tahu la macam mana boleh jadi, saya anak dara lagi malu la doktor kalau gigi tak ada :'( ..tolong saya doktor. Apa yang perlu saya buat. Dulu tak la goyang sangat tapi lately ni macam makin menjadi-jadi. saya rasa gigi saya macam makin ke belakang. gigi depan pulak tu doktor, next year saya nak kahwin. hari-hari saya fikir je. lidah saya pulak gatal asyik main je gigi tu. risau saya. boleh ke gigi saya kukuh balik? im so sad….
Sorry..im 23 years old actually
Hi Sarah,
Pada usia 23, jika gigi mula bergoyang maka ianya mungkin tanda awal penyakit gusi. Penyakit gusi selalunya tidak menyakitkan dan ramai yang tidak mengenalinya kecuali gusi yang kelihatan merah dan bengkak.
Faktor utama penyakit gusi adalah plak gigi yang tidak dibersihkan secara sempurna dan untuk pesakit-pesakit tertentu penyakit gusi ada kaitan dengan masalah sistemik ataupun kesan daripada pengambilan ubat-ubatan.
Apabila penyakit gusi berlaku, gusi akan mula bengkak dan menyusut, dan mendedahkan bahagian akar gigi. Pada peringkat awal, pembersihan gigi secara berkesan boleh mengembalikan kesihatan gusi kepada normal. Tetapi apabila penyakit gusi telah jadi kronik, gigi akan terasa bergoyang disebabkan bahagian penyokong gigi telah mengalami jangkitan.
Sarah perlu berjumpa dengan doktor gigi ataupun Pakar Periodontik untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan. Jangan risau, kerana ada pelbagai jenis rawatan yang boleh dilakukan untuk gigi yang bergoyang supaya kesihatan mulut terjaga.
Dr Kalaiarasu
Hi d0c,ank sy brusia 3 thn 5 bulan,gigi ank sy dh start r0sak dr umr 2 thn.skrg gigi byk yg r0sak (gigi susu),dn tngl tunggul,blh kah dicabut serentak kesemua gigi ank sy?dn adakah akn mmberikn kesan yg buruk pd gigi bru ank sy yg akn tumbuh..dn pd bulan 3 aritu ad keluar cabang gigi pd gusi bwh ank sy.sy xprsan dh lme rpeny cabang tu keluar,ble prsan sy cpt2 bwk ank sy g h0sp krjaan.d0c tu cbut gigi ank sy.sy buntu sy risau gigi ank sy 90% r0sak.gigi dpn dy brlubng smpai dh nmpk gusi.gigi blkng ad yg wrne htm2 c0klat.
Puan Nurul Akma,
Salam sejahtera. Keadaan di mana anak mengalami kerosakkan gigi pada usia kecil digelar Karies Awal Kanak-Kanak. Di dalam mulut kanak-kanak akan terdapat hampir semua gigi hadapan di atas dan gigi geraham yang rosak. Walaupun terdapat pelbagai risiko, amalan menggunakan botol susu semasa waktur tidur selalunya dikaitkan dengan Karies Awal Kanak-Kanak.
Sekiranya kebanyakan gigi telah rosak sehingga ke tunggul gigi, rawatan yang paling sesuai adalah cabutan secara serentak di bawah bius am. Pada masa yang sama, rawatan tampalan gigi juga boleh dilakukan ke atas gigi yang sesuai. Rawatan cara ini dilakukan oleh Pakar Pergigian Pediatrik terutamanya di hospital kerajaan.
Selepas cabutan kanak-kanak mungkin akan rasa tidak selesa selama 1-2 hari dan seterusnya akan kembali makan/minum seperti normal pada hari 3-4. Kanak-kanak juga perlu diperiksa secara berkala sehingga gigi baru tumbuh ke dalam mulut.
Dr Kalaiarasu
hi doctor.saya 32 tahun, bulan kebelakangan ini gigi geraham kanan atas saya ngilu dan ia semakin sakit dua hari ini lebih lagi sewaktu makan.gusi tidak bengkak,gigi itu tidak berlubang tetapi sedikit bergoyang kalau diusik dgn jari) dan sebolehnya saya tidak mahu mencabutnya.-apakah cadangan rawatan sesuai.
-apakah itu rawatan splint.mahalkah
-adakah dengan rawatan akar gigi(RCT)untuk gigi geraham membolehkannya berfungsi semula seperti gigi normal (untuk kunyah, etc)
maaf banyak tanya dan terimakasih
Salam Sejahtera Khadijah,
Gigi boleh terasa ngilu apabila permukaan gigi didapati terhakis ataupun apabila bahagian akar gigi didapat terdedah. Hakisan permukaan gigi selalunya berlaku apabila seseorang kerap minum minuman berasidik seperti air limau, minuman berkarbonat ataupun mengalami gastro-eosophageal reflux (jus gastrik refluks ke mulut). Juga,sekiranya gusi meleset, bahagian akar gigi yang terdedah akan terasa ngilu apabila tersentuh makanan/minuman sejuk atau asidik. Gigi yang telah mengalami kemelestan gusi juga boleh bergoyang dan keadaan ini adalah permulaan kepada penyakit gusi.
Rawatan untuk gigi yang ngilu digelar rawatan desensitation iaitu mengapklikasi bahan pelapik atau berflorida supaya rasa ngilu gigi dikurangkan. Pada masa yang sama, doktor gigi akan memberi nasihat supaya mengelakkan makanan yang berasidik dan sejuk. Manakala untuk gusi yang meleset, rawatan gusi perlu dilakukan supaya kesihatan gusi dapat dikekalkan. Dengan cara ini gigi berfungsi seperti normal. Walaupun demikian untuk gigi-gigi yang sentiasa bergoyang, kadang-kadang splin fiber atau dawai digunakan secara sementara semasa rawatan gusi dijalankan. Dalam keadaan di mana gusi telah meleset teruk dan gigi telah mengalami jangkitan ruang saraf gigi (perio-endo), maka ianya perlu rawatan akar (RCT) untuk mengekalkan gigi. Gigi yang telah mengalami rawatan RCT boleh berfungsi semula seperti normal, tetapi memerlukan penjagaan kesihatan gusi dengan baik.
Dr Kalaiarasu
Ohh ya. Sorry. I am 21. 🙂
Hi Patricia,
No worries. Dr dah jawab soalan tadi.
Dr Kalaiarasu
Hi Dr. Sy nak tanya few questions. Actually last Wednesday sy ada cabut gigi geraham atas kanan. Sumpah tak sakit biarpun after few hours. first time in my life cabut gigi tak sakit. the problem is kalau darah beku tu tanggal macam mana doc? sebab sy rasa darah tu nak tertanggal. sy tak usik guna lidah atau kumur sebab nurse gigi tak suruh usik in 3 days. sy risau nanti kalau darah tu xde, sisa makanan esp nasi masuk ke dalam soket gigi. so apa sy perlu buat doctor? sy risau nanti gusi bengkak. 🙁
Hi Patricia,
Salam sejahtera. Setelah gigi geraham dicabut, soket akan dipenuhi dengan darah beku (clot) dan sememangnya darah beku ini tidak diusik samada dengan menggunakan jari, lidah ataupun secara kumuran. Dengan adanya clot, soket akan mula sembuh secara normal, dan pada masa yang sama tisu (gingiva) di sekeliling soket gigi akan mula tumbuh ke dalam soket dan akan menutup tulang rahang. Apabila soket mula dipenuhi oleh tisu, clot yang terdapat dalam soket akan tanggal secara sendiri.
Adakala, clot (darah beku) akan tanggal lebih awal daripada masa tisu menutup soket.Ini mungkin disebabkan clot yang terbentuk adalah tebal dan dalam tempoh 2-3 hari sebahagian daripadanya akan pisah secara spontan. Disamping itu, clot boleh tertanggal sepenuhnya dan mendedahkan tulang rahang dalam soket. Keadaan ini akan menimbulkan sakit tulang rahang (osteitis) dan memerlukan rawatan oleh doktor gigi.
Patricia tidak perlu risau sekiranya bahagian clot yang terpisah itu tanggal secara spontan. Adalah disarankan supaya berkumur dengan air suam bercampur garam untuk tempoh seminggu, dan memberus gigi secara normal. Soket akan sembuh sepenuhnya antara 1 hingga 2 minggu.
Dr Kalaiarasu
Assalam.sya berusia 53 thn.sya dapati gusi atas antara 2 gigi sya spt ada tumbuh gigi.keras dan putih.sya agak mgkn itu gigi.ia x sakit.apa patut sya buat?
Hello Sofie,
Salam sejahtera. Sekiranya terdapat gigi yang tumbuh di antara 2 gigi di rahang atas, besar kemungkinan ianya adalah gigi geraham kecil (premolar) yang tidak cukup ruang untuk tumbuh sepenuhnya. Ada juga keadaan di mana terdapat gigi supernumerari (gigi yang lebih) ataupun tulang rahang (tori)yang keras yang boleh terbentuk di antara gigi.
Sofie perlu berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan klinikal dan xray untuk menentukan rawatan yang sesuai.
Dr Kalaiarasu
Doc sy ingin bertanya anak saya berumur 7 tahun pda thuan 2015 pd dismeber 2014 dua batang gigi hadapan atas telah dicabut.. tetapi sehingga april 2015 masih tidak menunjukkan tanda2 gigi kekal akan tumbuh adakah anak saya kekurangan kalsium… tetapi dia amasih minum susu…
Puan Rina,
Salam sejahtera. Erupsi gigi bergantung kepada keadaan gusi, ruang rahang yang tersedia,umur dan kesihatan am kanak-kanak. Pertumbuhan gigi incisor (gigi hadapan) berlaku antara umur 6-8 tahun, dan sekiranya gigi hadapan masih tidak tumbuh selepas tempoh 6 bulan setelah gigi susu dicabut, puan perlu membawa anak untuk pemeriksaan oleh doktor gigi. Adakala terdapat gigi supernumerari (gigi lebih) yang boleh menghalang gigi kekal daripada tumbuh secara normal, dan untuk menentukan keadaan ini, doktor gigi akan membuat pemeriksaan xray.
Adalah amat jarang sekali gigi kekal tidak tumbuh disebabkan kekurangan kalsium, dan amalan minum susu adalah disyorkan kerana peraanan kalsium dalam pembentukan gigi kekal yang normal.
Dr Kalaiarasu
Dr Kalaiarasu
hi doctor. ank perempuan saya umaur 8thn, spt ank Rina juga, gigi depan tertanggal dec2014, hga kini may2015 belum tumbuh. baru2 ini ank sy mengalami demam n gusi hadapan tersebut menjadi bengkak n sedikit menyakitkn. mulut ank sy juga berbau busuk. perlukah sy bawa jumpa dentist segera atau tgu sehingga cukup 6blm jika gigi ank sy masih bel tumbuh?
Puan Arnida,
Salam sejahtera. Pada kebiasaanya, gigi kekal hadapan akan tumbuh antara usia 7-8 tahun. Walaupun demikian, ada juga kanak-kanak di mana gigi hadapan hanya kelihatan pada umur 9 tahun. Perkara ini bukan luar biasa dan ianya berlaku mengikut tahap tumbesaran kanak-kanak.
Apabila gigi kekal mula proses pengeruptan (tumbuh), gusi akan kelihatan bengkak dan mengalami ulser. Keadaan ini akan mengakibatkan rasa sakit pada gusi, dan juga berbau jika berlaku pendarahan setempat. Proses ini akan berulang sehingga gigi kekal tumbuh secara separa melalui gusi. Pada peringkat ini pembersihan mulut adalah amat penting supaya mengelakkan jangkitan gusi.
Jika gigi kekal masih tidak tumbuh setelah 6 bulan daripada masa gigi susu telah tanggal, adalah disarankan supaya berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan klinikal dan radiograf. Pada kebiasaanya, gigi kekal tidak tumbuh disebabkan gusi yang tebal ataupun posisi yang tidak sesuai. Dalam keadaan ini rawatan pembedahan gusi dilakukan untuk membolehkan gigi kekal tumbuh ke dalam mulut secara normal. Walaupun demikian, untuk kes-kes tertentu rawatan ortodontik perlu dilakukan untuk membantu pengeruptan gigi.
Dr Kalaiarasu
hi dr, gigi hadapan bahagian sy kelihatan seperti bukit.. ade sekuntum gigi kelihatan terlalu tinggi.. gigi susu sy sudah habis dan pada waktu kecil sy cabut gigi hanya menggunakan tangan… adakah gigi yg terlalu tinggi itu disebabkan masih ade urat saraf gigi gugu yg terdahulu..mcm mana cara membetulkan gigi kelihatan seperti bukit tersebut
Hi Black Rose,
Gigi kekal kadang-kadang tumbuh secara tidak teratur dan boleh kelihatan seperti “jongang”. Keadaan ini dikenali sebagai maloklusi dan ianya bergantung kepada saiz gigi, saiz rahang, corak pembentukan gigi dan juga amalan seperti menghisap puting atau jari pada usia kanak-kanak sedang membesar.
Rawatan untuk mengatasi masalah gigi jongang dilakukan oleh Pakar Ortodontik dengan menggunakan pendakap gigi (braces). Oleh itu, adalah disarankan berjumpa dengan doktor pakar ortodontik untuk pemeriksaan dan rawatan yang sesuai.
Dr Kalaiarasu
nak hanta gamba kat dr boleh tak.. sy x jongang..
Hi Black Rose,
Berhubung dengan pertanyaan tentang menghantar gambar melalui email, pihak Doktorbudak ingin memaklumkan bahawa penghantaran gambar tidak boleh dilakukan pada masa ini.
Oleh itu, disarankan supaya berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Dr Kalaiarasu
Doc,saye berumur 12 tahun 5 blan.saye mengalami gigi susu kacip bergoyang sedikit ..soalan saye..adakah umur saye yg sebegini bleh tumbuh gigi kekal .harap doc bleh jwab..
Hi Skywalker,
Gigi susu hadapan (kacip) biasanya gugur di antara umur 6-8 tahun, iaitu selama tempoh gigi kekal insisor tumbuh ke dalam mulut. Sekiranya gigi kekal tidak tumbuh (impacted), maka gigi susu akan terus berfungsi secara normal sehingga ianya hilang pegangan di tulang rahang.
Adalah disyorkan, Skywalker berjumpa dengan doktor gigi untuk menjalani pemeriksaan klinikal dan radiograf (xray) untuk mempastikan kesemua gigi insisor telah tumbuh secara normal. Sekiranya gigi insisor kekal telah tersangkut (impacted) maka rawatan lanjut dengan menggunakan pendakap gigi (braces) ataupun pembedahan gigi perlu dilakukan.
Hi Doktor,
Anak sy berusia 6 tahun, pada 29 Mar 2015 doktor gigi telah mencabut gigi geraham anak sy. Pada hari tersebut gigi itu telah goyang dan patah separuh jadi sy cepat2 bawa anak sy ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Apa yg sy bimbangkan di sini adalah sy bimbang gigi kekal akan tumbuh dan terganggu dgn gigi susu yang lain yang akan mengakibatkan gigi tumbuh berlapis. Doktor gigi ada sarankan ank sy menggunakan “space maintener”. Di mana untuk mendapatkan space maintener? Bagaimana utk sy memastikan gigi anak sy tidak tumbuh berlapis?
Terima kasih doktor.
Puan Ika
Salam sejahtera. Sekiranya gigi susu geraham telah patah, adalah wajar doktor gigi melakukan rawatan cabutan. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya jangkitan setempat atau abses.
Salah satu fungsi gigi susu adalah untuk menjaga ruang sehingga gigi kekal tumbuh secara normal. Apabila gigi susu dicabut lebih awal, iaitu sebelum masa gigi susu diganti oleh gigi kekal, seringkali pergerakan gigi-gigi yang bersebelahan ruang soket boleh mengakibatkan kehilangan ruang untuk gigi kekal tumbuh secara normal. Kehilangan ruang ini kadang-kadang dikawal dengan pemasangan alat penyenggara ruang (space maintener) jenis tanggal ataupun secara tetap. Alat ini bukan digunakan secara routine tetapi mengikut tahap kesihatan mulut, status pembentukan gigi kekal dan anggaran ruang yang tersedia dalam mulut berbanding gigi kekal yang sedang tumbuh ke dalam mulut.
Pemakaian alat penyenggara ruang tidak bermaksud gigi kekal akan tumbuh dengan cara tidak berlapis. Penumbuhan gigi kekal bergantung kepada saiz gigi yang terbentuk, saiz rahang gigi dan keadaan setempat, termasuk ruang yang disediakan oleh gigi susu.
Puan boleh membawa anak berjumpa dengan pakar pergigian kanak-kanak atau pakar ortodontik untuk rundingan dan nasihat tentang kesesuaian alat penyenggara ruang.
Dr Kalaiarasu
salam.dr
saya berumur 23 tahun,sejak form 1, saya dah pakai gigi palsu di gigi depan atas
menurut mak saya, gigi susu n gigi kekal saya mmg dah kena cabut.
Sekarang gusi yg dekat gigi palsu tu bengkak n warna kelabu putih dan macam ada something bengkak.. i need your suggestion
saya runsing
Xkan la saya nak tumbuh gigi lagi>
Hi Arina,
Salam sejahtera. Arina telah memakai gigi palsu selama lebih 10 tahun, dan baru-baru ini terdapat bengkak gusi dekat bahagian yang menyokong gigi palsu. Bengkak gusi ini boleh berlaku akibat;
i. gusi yang telah jadi keras di sebabkan penggunaan gigi palsu
ii. akar gigi yang tertinggal
iii. gigi kekal yang tidak tumbuh (terimpak)
iv. gigi supernumerari (extra)
v. cyst tulang rahang
Ariana perlu jumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan klinikal dan xray untuk menentukan punca bengkak gusi.
Dr Kalaiarasu
Hi Dr
Nama saya Pn Lina. Anak saya berusia 9 tahun dan kemungkinan akan menjalani pembedahan gigi kekal kerana gigi hadapan dia tidak tumbuh normal dari soket dia dan tumbuh kedlm lelagit dan senget. saya cume nak tahu berapa berapa lama proses pemulihan gigi memakan masa. Adekah proses itu menyakitkan sbb dia akan menjalin pembedahan secara tidur. Buat pengetahuan dr. Selain gigi hadapan bermasalah , 4 btg gigi geraham dia berlubang teruk dan akan dicabut sekali.
Saya ibu yg runsing dan sedih
Puan Lina,
Salam sejahtera. Sekiranya anak puan mempunyai gigi kekal hadapan tidak tumbuh secara normal ataupun senget ke langit, adalah sesuai dia dibawa berjumpa dengan seorang pakar ortodontik untuk pemeriksaan dan nasihat rawatan sebelum menjalani pembedahan. Adakalanya, pakar ortodontik boleh menggunakan pendakap gigi (braces) untuk membetulkan posisi gigi kekal ke tempat asal dan dengan teratur.
Proses pemulihan selepas pembedahan gigi dengan menggunakan bius am (general anaesthetic) tidak berbeza berbanding dengan menggunakan bius setempat (local anaesthetic). Soket gigi selepas cabutan biasanya akan sembuh sepenuhnya antara 1-2 minggu. Pada hari 1-3, kanak-kanak akan mengalami sedikit kesakitan diruang soket gigi, tetapi dengan ianya boleh dikawal dengan pemberian ubat tahan sakit (analgesics).
Dr Kalaiarasu
Salam Dr data mau Tanya Nanak laki” usia USIA 2th sudah 2hari mengalami bengkak pada gusi depan atas mengelurkan cairan seperti nanah Gigi depan nya rusak rontok sedikit” jadi terlihat pendek kira ” APA ya dock?
Salam sejahtera Puan,
Sekiranya gigi susu telah mengalami kerosakan teruk dan melibatkan ruang pulpa (saraf gigi), ianya akan mengalami jangkitan. Jangkitan pada gigi yang rosak akan mengakibatkan gigi tersebut mati dan menimbulkan bengkak gusi. Apabila bengkak gusi pecah, nanah akan mula keluar melalui gusi (sinus). Punca nanah adalah daripada ruang akar gigi yang telah mati.
Rawatan yang sesuai untuk gigi mati yang bernanah adalah cabutan gigi. Puan perlu membawa anak berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan dan rawatan cabutan gigi.
Salam doktor, saya mengalami jangkitan gigi geraham. Doktor ada bagi ubat antibiotik tapi dalam masa 3 hari gigi saya masih sakit . Apa yang perlu saya buat ? Adakah saya perlu jumpa doktor gigi atau ada ubat yang lebih baik ? Terima kasih doktor. Sebelum itu, depanjang saya mengalami sakit gigi saya pertama sekali saya jumpa Dr klinik kesihatan doktor tu xray 2x then membuat keputusan untuk menampal gigi saya kebetulan tampalan terbuka dengan tampalan sementara tetapi selepas beberapa hari gigi tersebut goyang dan saya terpaksa pergi klinik swasta untuk dicabut. Klinik tersebut bagi saya antibiotik untuk gigi geraham yang terkena jangkitan kuman.
Hi Mchelle,
Gigi geraham yang telah rosak boleh ditampal dan ianya boleh berfungsi sepanjang hayat. Walaupun demikian, sekiranya gigi tersebut telah rosak sehingga ruang pulpa (saraf), maka gigi itu akan mengalami jangkitan dan menimbulkan kesakitan. Juga, sekiranya jangkitan itu berlarutan dan gigi terasa goyang, doktor gigi akan memberi ubat antibiotik supaya dapat kawal jangkitan daripada merebak. Apabila jangkitan gigi telah dikawal, gigi geraham tersebut perlu dirawat secara endodontik ataupun dicabut untuk mengelakkan daripada dikena jangkitan semula.
Mchele perlu berbincang dengan doktor gigi tentang option rawatan endodontik sekiranya ingin ‘menyelamatkan’ gigi untuk terus berfungsi di dalam mulut.
Dr Kalaiarasu
salam doc,
saya berusia 13 thn.saye ade satu gigi kekal yang goyang di bahagian atas (tengah). adekah cara lain untuk tidak bagi gigi tersebut tercabut… saye sgt tkt jikalau gigi tersebut tercabut kerana nnt akn ade yg akn mentertawakan saye disekolah… hope doc balas dgn segera… :'(
Hi Ain,
Salam sejahtera. Pada usia 13 tahun, besar kemungkinan gigi yang goyang tersebut adalah gigi susu (geraham susu) dan bukan gigi kekal. Oleh itu, secara normal, gigi kekal (geraham kecil) akan tumbuh ke ruang gigi susu tersebut.
Sekiranya gigi yang goyang adalah gigi kekal, maka Ain perlu berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan klinikal dan xray bagi mempastikan punca masalah tersebut. Dengan menggunakan ‘splint’ gigi yang longgar boleh dirawat supaya dapat dikekalkan dalam mulut.
Dr Kalaiarasu
Hai doc,
Sy berusia 26 thn.
Ada satu gigi kekal di bhgian gg ats sy bru tumbuh pd thn lps dan sy pn xsdr ia dh mbesar .skrg gigi tu dh mnghimpit gigi susu sy d hdpn dan menyebabkn gg kekal tu senget sbb xada ruang.apa rwtn y sesuai.sy sgt risau mmndgkn kos yg mst menelan beribu ringgit.gg susu pn dh mula xkuat disebbkn teknn gigi dr ats
Hi Syamin,
Salam sejahtera. Rawatan yang sesuai untuk gigi kekal yang tumbuh secara senget adalah dengan menggunakan pendakap gigi (braces). Ianya dilakukan oleh pakar orthodontik, dan mengikut keadaan kosnya adalah tinggi kerana rawatan ortodontik adalah rumit dan memerlukan peralatan yang khas.
Sekiranya gigi kekal yang baru tumbuh telah melonggarkan gigi susu, Syamin tidak perlu risau kerana ianya adalah proses yang normal. Apa yang perlu dipastikan adalah, samada gigi yang baru tumbuh itu adalah gigi yang normal ataupun gigi yang ekstra(supernumerari). Oleh itu, Syamin perlu berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan xray dan nasihat rawatan.
Dr Kalaiarasu
hai Dr., anak saya berumur 8 tahun tetapi gigi susunya semua masih ellk dan tak nampak sebarang tanda nak tanggal/goyang. adakah ianya normal kerana setau saya seawal umur 6 tahun gigi susu dah mula tanggal? mohon nasihat dan penjelasan Dr. Terima kasih.
Hello Zaid,
Salam sejahtera. Biasanya gigi susu hadapan akan gugur antara umur 6-8 tahun iaitu sepanjang tempoh gigi kekal tumbuh ke dalam mulut. Walaupun demikian, ada sebilangan kanak-kanak yang masih kekal gigi susu selepas tempoh umur tersebut kerana variasi normal pertumbuhan gigi.
Ada pelbagai sebab yang boleh melambatkan pertumbuhan gigi kekal. Diantaranya adalah kecederaan pada gigi susu, hipodontia (kekurangan bilangan gigi kekal), supernumerari (bilangan gigi kekal yang lebih) dan juga ruang rahang yang tidak mencukupi disebabkan perbezaan saiz gigi kekal dan gigi susu.
Adalah disarankan menunggu sehingga 6 bulan lagi, dan sekiranya masih tidak ada tanda-tanda gigi kekal akan tumbuh, Zaid perlu membawa anak berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan klinikal dan juga xray untuk nasihat rawatan.
Dr Kalaiarasu
Hai dr..sy memerlukan jwpan segera untuk soalan sy ini..
anak saya berumur 1 tahun 3 bulan..dia demam smnggu..ingtkn denggi..dah cek darah clear..xde denggu..rypanya gifi dia nk tmbuh..now dah masuk 2 mnggu..dia still cm lemah..n tgok btul2 dlm mulut dia ade ulser..gigi tmbuh n yang paling mrisaukn sy..gusi2 dia menanah..area gigi2 yg sedia ada..sy xsnggup lg tgok kdaan dia mcm tu..bilwh sy tahu..apa sebab n masalah ank saya bole jd mcm tu..dan apa yg perlu sy buat..
Puan. Dira,
Salam sejahtera. Keadaan mulut yang yang ada ulser dan berkaitan dengan demam pada kanak-kanak kecil biasanya disebabkan oleh jangkitan virus Herpes simplex. Jangkitan ini juga digelar herpes gingivostomatitis dan apabila terkena jangkitan, kanak-kanak akan demam 7-10 hari dan mulut akan terasa sakit, berulser,berdarah dan berbau. Kanak-kanak juga akan kurang selera makan dan sentiasa menangis. Keadaan ini akan berlarutan antara 7-14 hari dan dalam keadaan normal kanak-kanak akan pulih sepenuhnya.
Puan digalakkan memberi makanan yang lembut seperti bubur, aiskrim, dadih soya dan minuman yang banyak semasa ini. Sekiranya keadaan ini berlanjutan, puan perlu ke hospital berjumpa dengan doktor kanak-kanak untuk pemeriksaan dan rawatan.
Dr Kalaiarasu
Hi doc, saya nak bertanya…masuk hari ni sudah 5 hari gigi saya telah dicabut… tapi kenapa gusi saya masih sakit ngilu dan kadang2 bengkak… mulut rasa tak selesa…sy tak tahu yg after cabut gifi tak d galak kan minum panas…sebab saya bukan penggemar ais…ubat apa yg paling sesuai untuk sy dpt kan.. atau apa yg perlu saya lakukan sekarang…..tq doc…
Hi Kyra,
Cabutan gigi akan meninggalkan ruang di dalam rahang yang dikenali sebagai soket gigi. Soket akan dipenuhi dengan darah beku (clot) dan ianya adalah amat penting untuk penyembuhan soket gigi. Sekiranya kita kerap lakukan kumuran selepas cabutan, samada dengan air panas ataupun air sejuk, darah beku boleh hilang dari soket dan ini boleh membawa kepada jangkitan soket. Satu lagi komplikasi yang sering berlaku adalah soket kering, di mana berlaku keradangan tulang rahang selepas cabutan gigi. Sekiranya ini berlaku, gusi and soket akan rasa sakit dan bengkak.
Kyra perlu berjumpa dengan doktor gigi untuk pembersihkan soket dan seterusnya diisi dengan pes supaya keradangan tulang rahang dikawal dan soket sembuh sepenuhnya. Sekiranya perlu doktor gigi akan memberi ubat antibiotik untuk jangkitan soket.
Dr Kalaiarasu
Dr, anak perempuan sy bulan 4 ni berumur 4 thn. Baru-baru ni dia bergurau dgn adik dia. Gigi dia trhantuk dgn kelapa si adik. Gigi depan atas berdarah dan saya perasan gigi tu dh goyang. Sy tidak pasti sama ada gigi yg brgoyang tu kera cedera ataupon kebetulan mmg dh goyang. Adakah perlu sy cabut gigi tu? Dia kata sakit bila sy sntuh gigi tu tp bila dibiarkan dia okay je. Cuma sy risau sekiranya ia akan mengganggu pertumbuhan gigi dia. Apa yg perlu sy lakukan? Adakah normal gigi susu bergoyang di usia 4 tahun.
Puan Maisyarah,
Salam sejahtera. Gigi susu hadapan (insisor) pada kebiasaanya akan mula bergoyang semasa usia 6-7 tahun, iaitu bersamaan dengan penumbuhan gigi kekal hadapan.
Apabila berlaku trauma gigi (terlanggar atau terhantuk), sebahagian daripada fiber pemegang gigi (fiber periodontium) di soket gigi boleh terputus dan disebabkan itu gigi akan bergoyang. Lazimnya, fiber pemegang gigi akan sembuh sepenuhnya antara 1-2 minggu, dan semasa ini kanak-kanak digalakkan untuk makan makanan lembut supaya gigi tidak terasa sakit.
Selepas 2 minggu, sekiranya gigi masih bergoyang, ianya mungkin disebabkan fiber pemegang gigi tidak sembuh ataupun akar gigi telah mengalami fraktur.
Puan Maisyarah boleh berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan mulut dan radiograf bagi menentukan rawatan yang sesuai untuk anak puan.
Dr Kalaiarasu
Salam Sejahtera dokter ,
Saya Aisyah . 20 tahun , saya sering mengalami sakit gigi kebelakangan ini . Saya perasan gigi geraham saya ada hakisan dan berwarna hitam di enamel gigi geraham sebelah kanan saya . Sudah 3 hari saya mengalami sakit gigi di bahagian gigi geraham itu . Bahagian yg sama sakit adalah dr gigi hadapan ke barisan sebelah kanan . Tetapi yg pelik nya , sepanjang gigi geraham saya sakit , gigi hadapan saya juga terasa amat sakit . Saya pernah membuat tampalan di gigi hadapan saya kerana gigi hdpn saya retak.Adakah kerana tampalan atau kelonggaran pd gigi hdpn saya yg menyebabkn kesakitan itu . Jika saya mahu mencabut kedua gigi hadapan dan geraham saya yg sakit . Adakah ia blh dilakukan . adakah gigi hadapan saya akan tumboh semula . Saya telah 3 kali mencabut gigi geraham saya dan semua ny tumboh lagi di usia saya ini . Adakah gigi hadapan saya akan tumboh semula??
Hi Aisyah,
Pada usia 20 tahun, sakit yang dialami pada gigi geraham seringkali dikaitkan dengan geraham bongsu. Sekiranya gigi geraham bongsu tersangkut (terimpak), ianya boleh mengakibatkan jangkitan gusi (pericoronitis) dan rahang gigi dibahagian tersebut akan terasa sakit.
Walaupun demikian, gigi hadapan yang terasa sakit mungkin mengalami keradangan pulpa (saraf gigi) akibat retakan terdahulu. Oleh itu, Aisyah disarankan berjumpa dengan doktor gigi bagi pemeriksaan klinikal dan radiograf untuk penentuan punca sakit gigi. Aisyah perlu mengambil maklum bahawa cabutan gigi pada usia ini tidak akan diganti dengan penumbuhan gigi semula. Oleh itu, Aisyah perlu berbincang dengan doktor gigi untuk rawatan yang sesuai untuk mengekalkan gigi seumur hidup.
Dr Kalaiarasu
salam sejahtera dr..saya Redha..umur saya sudah genap 20 thun..smua gigi saya adalah gigi kekal..saya mngalami hentakan di mulut dan gigi hadapan saya patah dlam bntuk serpihan..mgkin dlam lingkungan ¼..adakah bahagian itu akan tumbuh semula sebagai recovery..? Skian..trima ksih Dr..
Hi Redha,
Salam sejahtera. Gigi kekal yang telah mengalami hentakan dan patah (fraktur) boleh membawa kepada 2 masalah penting. Yang pertama, bahagian gigi yang hilang tidak akan diganti dengan penumbuhan semula. Kedua, sekiranya bahagian pulpa (saraf gigi) terdedah akibat fraktur, maka gigi tersebut akan mengalami keradangan pulpa dan akhirnya gigi itu akan ‘mati’.
Justeru, Redha perlu berjumpa dengan doktor gigi untuk membuat tampalan sewarna gigi. Sekiranya ada serpihan gigi 1/4 bahagian, Redha boleh membawanya kepda doktor gigi untuk ‘melekatkan” bahagian tersebut kepada gigi asal. Disamping itu, tampalan juga akan menutup bahagian gigi yang terdedah akibat fraktur, dan ini akan mengurangkan risiko gigi itu akan “mati”.
Dr Kalaiarasu
salam sejahtera doktor..
sy berumur 25tahun.pada umur 23tahun sy ada jumpa doktor gigi untk tampal gigi berlubang setelah sekian lama jumpa doktor gigi pada waktu masih sekolah. doktor memaklumkan yg gigi taring dan sebelah gigi taring sy adalah gigi susu (2batang gigi susu).doktor menasihatkan sy supaya pakai braces.setelah sy xray sy dapati gigi taring (kekal) masih di dalam gusi tetapi menghala ke lelangit (ade sedikit bengkak di lelangit), dan gigi (kekal) (sebelah taring) berlapis dengan gigi bongsu no 2 tadi. disebabkan gigi sy problem dan xray tersebut sy hanya buat di klinik biasa.. doktor tu mintak sy pergi ke hospital swasta untuk xray yg lebih jelas.. sampai sekarang sy masih belum lagi pergi xray krn bz dan lokasi yg agak jauh…
boleh sy tau adakah 2batang gigi susu sy akan dicabut kalo sy nk pakai braces? adakah gigi sy akan dibiarkan rompong sepanjang sy pakai braces nanti?
dan gigi taring kekal sy yg tertanam ke arah lelangit perlu di oprate?berapa anggaran kos? pls bantu sy doktor.
Hi Sue,
Gigi kekal kadang-kadang tidak tumbuh ke dalam mulut, dan ini biasanya disebabkan oleh gigi susu yang lambat jatuh (gugur). Pada usia 23 tahun, gigi kekal tidak akan tumbuh secara spontan, dan rawatan dengan menggunakan braces perlu dilakukan untuk membetulkan posisi gigi kekal. Rawatan ini adalah rumit dan dilakukan oleh pakar ortodontik. Sekiranya perlu, gigi yang masih berada di dalam gusi dibedah dan kemudian dipasang dengan seutas kecil rantai emas supaya pakar ortodontik dapat menggunakannya bersama braces untuk ‘menarik’ gigi kekal ke tempat asal. Rawatan juga akan melibatkan cabutan gigi susu dan pakar ortodontik akan memasang gigi palsu pada braces untuk menutup ruang sepanjang rawatan.
Sue perlu berjumpa dengan pakar ortodontik untuk pemeriksaan klinikal dan xray. Kos rawatan braces berbeza mengikut kerumitan rawatan dan biasanya di klinik swasta lebih dari RM6000, manakala di klinik kerajaan kosnya agak rendah RM500-RM1000 tetapi bersyarat kerana keutamaan diberi kepada kanak-kanak sekolah dan multi-disiplin.
Dr Kalaiarasu
erm..doktor tersebut beritahu sy mungkin memakan masa yg lama dalam 3tahun kalau pakai braces..mcm mana pula kalau sy pakai gigi palsu terus?adakah ini yg terbaik atau sy kena pakai braces juga?bantu sy doktor.
As Salam DR,
Anak sy berumur 2thn 2bln. Semasa berumur 1thn 8bln dia pernah terjatuh Dan menyebabkan 2 batang gigi depannya patah separuh. Selepas insiden tersebut keadaan gigi tersebut semakin teruk apabila karies mula terbentuk Dan mulutnya berbau busuk. Gigi tersebut juga bertukar kehijauan seperti kulat. Anak Saya masih menyusu badan & botol dan kerap bangun Malam utk menyusu. Perlukah gigi tersebut dicabut? Apakah risiko untuk mencabut giginya pada usianya sekarang? Mohon pencerahan Dr. Terima kasih.
Puan,
Salam sejahtera. Kecederaan gigi sehingga gigi terpatah separuh pada kebiasaanya akan mendedahkan bahagian saraf gigi (pulpa). Apabila pulpa terdedah, ianya akan mula rosak sehingga gigi tersebut mati, dan gigi akan bertukar warna kepada kehitaman. Ini adalah punca mulut berbau pada anak.
Gigi susu yang telah tercedera dan mati biasanya dicabut supaya keadaan gusi sembuh dan menyenangkan anak apabila menyusu.
Cabutan gigi pada usia kecil tidak mempunyai banyak risiko tetapi kanak-kanak tidak mudah dirawat dengan suntikan setempat dan seringkali pakar pergigian kanak-kanak akan mengesyorkan rawatan cabutan dengan sedasi ataupun bius am. Kedua-dua kaedah sedasi dan bius am mempunyai risiko tertentu, dan wajar dibincang dengan pakar pergigian kanak-kanak dan pakar bius sebelum rawatan.
Dr Kalaiarsu
Salam Dr.
Anak saya berumur 1 tahun 2bulan dan masih fully breastfeeding..Anak saya tumbuh gigi pada usia 6 bulan lagi dan mendapat rawatan pergigian seawal usia 8bulan.. sejak dari itu, saya memberus gigi anak saya 2x dalam sehari menggunakan ubat gigi flourida khas untuk bayi dan jarang skip untuk memberus giginya.. tapi saya dapati,gigi anak saya mula terhakis dan bewarna kekuningan. saya amat risau jika gigi anak saya reput atau rapuh seawal usia 2 tahun.. apa yang perlu saya buat ya doktor? adakah cara lain untuk merawat gigi anak saya sebelum bertambah teruk lagi?
Puan Lidwina,
Salam sejahtera. Penjagaan kesihatan mulut dan gigi untuk anak puan adalah seperti yang disyorkan oleh doktor pergigian untuk pencegahan kejadian karies gigi. Walaupun demikian, kejadian karies gigi terkait dengan pelbagai faktor, dan satu faktor kejadian karies awal kanak-kanak adalah pemberian susu semasa waktu tidur. Kejadian karies ini amat tinggi dengan pemberian susu dengan botol, namun breastfeeding semasa tidur juga membawa risiko karies. Sewaktu tidur, air liur amat kurang dan dalam keadaan ini baki susu di dalam mulut diproses oleh bakteria untuk membentuk gula. Oleh itu, amalan penyusuan semasa waktu tidur perlu dielakkan bagi mengurangkan risiko karies.
Puan dinasihatkan untuk membawa anak berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan dan rawatan pencegahan secara profesional.
Dr Kalaiarasu
Selamat mlm doc…sya nak tanya..ank sya berumur 7tahun..gigi kekalnya telah tumbuh ketika dia berumur 5tahun.Tetapi baru-baru ni anak sya telah terjatuh dan mengakibatkan gigi kekal bahagian depan telah goyang. adakah gigi kekal anak sya akan tumbuh utk kali kedua. Sya risau kerana anak sya tidak mahu kesekolah. terima kasih doc.
Puan Arien,
Gigi kekal yang telah tumbuh lebih dari 2 tahun secara amnya akan mempunyai akar gigi yang hampir matang. Pada keadaan ini, sekiranya berlaku kecederaan pada gigi dan didapati bergoyang, lazimnya gigi akan kembali seperti biasa dalam tempoh 7-14 hari. Walaupun demikian, gigi kekal yang telah mengalami kecederaan yang serius boleh mengalami proses kematian pulpa (saraf gigi) dan ianya boleh mengakibatkan sakit gigi serta bengkak gusi.
Kehilangan gigi kekal tidak diganti dengan penumbuhan gigi kali kedua. Oleh itu adalah wajar anak dibawa berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan klinikal dan xray gigi untuk perancangan dan nasihat rawatan.
Dr Kalaiarasu
dok sy berumur 14 thn. gigi depan sy agak longgar.kalau patah akn tumbuh lagi tak
Hello Harry
Pada umur 14 tahun, gigi hadapan sememangnya gigi kekal. Sekiranya gigi hadapan menjadi longgar atau patah, maka tidak akan ada gigi baru yang tumbuh. Harry perlu berjumpa dengan doktor gigi untuk menyiasat punca gigi hadapan menjadi longgar supaya rawatan yang sesuai dapat dilakukan untuk mengekal gigi.
Dr Kalaiarasu
salam sejahtera doc
saya ingin bertanya. semalam saya ada membuat rawatan gigi kerana terlalu sakit.. doc tu bgtahu yg gg sy dh mati n saraf dijangkiti kuman.. rawatan akn dbuat selepas 5hri.. samada cabut atau pemulihan saraf.. tapi sekarang ni mulut saya hingga ke hidung dan pipi mengalami pembengkakan yg agak serius… perlukah sy trus pergi berjumpa doc tanpa menunggu 5hri
Hi Azida
Gigi yang telah ‘mati’disamakan dengan saraf gigi yang telah mati. Sekiranya ianya dijangkiti kuman, maka nanah akan terbentuk dan keadaan ini akan mengakibatkan sakit gigi. Apabila nanah. mula merebak keluar dari ruang gigi ke ruang tisu sekeliling gigi, keadaan ini akan memberi kesan bengkak muka. Kejadian bengkak muka atau digelar orofacial abscess adalah serius dan memerlukan rawatan dengan antibiotik. Seterusnya rawatan salur akar gigi ataupun cabutan gigi dilakukan mengikut keadaan supaya jangkitan dari gigi yang mati dikawal.
Azida perlu segera berjumpa dengan doktor gigi ataupun ke hospital untuk rawatan abses di muka.
Dr Kalaiarasu
Salam sejahtera Dr.
Saya ingin bertanya anak saya berusia 9 tahun. saya perasan sebahagian gigi susu yang sudah jatuh dan apapbila tumbuh gigi kekel .giginya bersaiz besar dan ini menyebabkan gigi anak saya tumbuh tidak teratur .senget dan berlapis. bagaimana cara untuk memperbaiki nya.
Puan Has,
Salam sejahtera. Gigi kekal akan mula tumbuh ke dalam mulut secara berperingkat, bermula dengan gigi geraham besar pertama (1st molar), gigi kacip (incisor), gigi taring (canine),geraham kecil (premolar) dan geraham besar kedua (2nd molar). Peringkat kegigian dimana gigi kekal mengganti gigi susu adalah peringkat kegigian campuran (mixed dentition). Peringkat ini biasanya bermula apabila kanak-kanak berusia sekitar umur 6 tahun dan akan berakhir apabila kanak-kanak mencapai usia lebih kurang umur 14 tahun. Semasa tahap ini, kita sering lihat saiz gigi kekal yang mengganti gigi susu adalah lebih besar, terutamanya gigi-gigi kacip. Oleh itu, pada peringkat awal, susunan gigi kekal tidak sekata dan berlapis. Namun keadaan ini akan bertambah baik disebabkan gigi kekal akan tumbuh secara berprokliniasi (kehadapan) dan disamping itu, rahang gigi juga akan mengalami pembesaran dan menampung perbezaan saiz di antara gigi susu dengan gigi kekal. Juga saiz gigi geraham susu adalah lebih besar berbanding dengan gigi geraham kecil, dan ruang perbezaan ini akan memperbaiki susunan gigi pada usia lebih kurang 11 tahun.
Dalam keadaan di mana gigi kekal telah tumbuh secara berlapis dan tidak teratur, puan boleh membawa anak untuk berjumpa dengan Pakar Ortodontik untuk pemeriksaan dan rawatan pendakap gigi (braces).
Dr Kalaiarasu
Salam sejahtera DR.
Sebulan lepas saya ada mencabut gigi di klinik kerajaan,
sehari selepas tu Dentist ada meletakkan sejenis ubat bewarna hitam didalam socket gigi yang berlubang untuk mengelakkan makanan tersangkut.
sekarang gusi saya hampir menutup socket gigi yang berlubang tu.tetapi masalah saya sekarang kadang2 saya merasa gusi saya bengkak.bila saya tengok dicermin,saya nampak ada nanah dan saya terus picit nanah tu sampai kluar.adakah ianya normal,dan apakah langkah yg perlu saya ambil untuk mengelakkan masalah sama berulang.
Salam sejahtera Norhisham,
Cabutan gigi adalah procedur di mana gigi dikeluarkan daripada rahang gigi. Setelah gigi dicabut, ruang di dalam rahang yang dikenali sebagai soket gigi akan dipenuhi dengan darah beku (clot). Proses pembekuan darah di dalam soket adalah amat penting untuk penyembuhan soket gigi, dan sekiranya darah beku tidak terbentuk ataupun hilang, maka tulang soket akan terdedah kepada jangkitan kuman. Satu komplikasi yang sering berlaku adalah soket kering, di mana darah beku hilang daripada soket dan terdapat keradangan tulang rahang selepas cabutan gigi. Sekiranya ini berlaku, doktor gigi akan membersihkan soket dan menutupnya dengan pes supaya keradangan tulang rahang dikawal dan soket sembuh sepenuhnya. Satu lagi komplikasi adalah infeksi soket, di mana nanah terbentuk akibat jangkitan kuman di dalam soket ataupun disebabkan oleh cabutan yang tidak lengkap.
Soket gigi yang masih tidak sembuh setelah sebulan gigi dicabut adalah tidak normal. Norhisham perlu berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan klinikal dan radiograf (xray), dan sekiranya perlu dirujuk kepada Pakar Pergigian untuk rawatan selanjutnya.
Dr Kalaiarasu
Hi Dr,
Saya Ada anak yang berusia 2tahun 6bulan .
Masalah berkaitan gigi. Sejak gigi tumbuh,kami suami isteri tidak lupa untuk menggosok gigi anak . Bila usianya menginjak kami Menggunakan ubat gigi seperti yang disyorkan untuk membersihkan gigi . Walaupun anak tidak mahu sangat gosok tetapi tetap pastikan akan digosok juga .
anal saya mnyusu badan sehingga kini cuma sejak usia 2 tahun lebih saya akan beri air kotak sperti perisa susu, coklat dan strawberry juga Fresh milk yang dimasukkn ke dalam botol susu beliau .
kandungan air kotak saya bahagikn kepada dua iaitu dua kali minum dan juga menambah air masak utk kurangkan kemanisan didalam air .
Masalahnya, saya dapati gigi anak saya menunjukkan tanda2 rosak . Dibahagian atas tepi gigi berwarna kecoklatan dan terhakis . Begitu juga dengan gigi hadapan .. semakin mnunjukkan kesan hakis .
Pernah bawa ke Klinik Gigi 1 Malaysia dan mnunjukkn gigu anak saya . Peliknya doktor beritahu ia adalah normal jadi x perlu risau . Bila bertanyakan tentang ubat diberitahu tiada ubat utk masalah anak saya . Sedangkan saya dapat info dr dr swata untuk mengurangkan kerosakan tooth mousse akan diberikan .
yang mana satu yang betul ya .. dan adakah ubat atau cara untuk kurangkan kerosakan pada gigi anak saya ?
Bolehkah gigi ditampal pada usia seawal itu ? Dan jika anak takut berjumpa dentist ada x cara lain untuk membolehkan dentist check gigi anak saya ?
Sekian,
Tq in Advanced .
Cik Ainn,
Salam sejahtera. Kejadian karies (kerosakan gigi) semasa anak berusia 2 tahun digelar Karies Awal Kanak-Kanak (Early Childhood Caries). Faktor utama adalah penggunaan botol susu terutamanya diwaktu malam. Walaupun demikian, karies awal kanak-kanak boleh juga berlaku dikalangan kanak-kanak yang sentiasa menyusu badan sepanjang waktu tidur. Disamping itu, pemberian minuman air kotak seperti susu, coklat dan strawberry dengan botol susu diwaktu tidur membawa risiko tinggi untuk kejadian karies. Ini adalah kerana, mulut mengalami pengurangan pengaliran air liur semasa tidur dan ianya tidak boleh bertindakbalas terhadap manisan yang terkandung dalam minuman air kotak.
Sebagai langkah pencegahan, Cik Ainn perlu mengubah penggunakan botol susu kepada ‘sippy cup’ atau cawan dan menghadkan minuman air kotak sekali pada waktu makan sahaja. Di waktu malam pula, Cik Ainn perlu menggosok gigi anak dengan ubat gigi berfluorida dan memberi air masak sebelum waktu tidur.
Cik Ainn juga perlu membawa anak berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan. Sekiranya kerosakan gigi adalah pada peringkat awal, penyapuan varnis berfluorida secara berkala boleh dilakukan untuk mengawal kerosakan gigi. Di mana terdapat karies gigi yang aktif dan gigi telahpun ‘berlubang’, maka rawatan tampalan untuk menstabilkan kerosakan gigi perlu dijalankan. Jika anak terasa cemas semasa menerima rawatan diklinik, doktor gigi mungkin akan merujuk anak kepada seorang Pakar Pergigian Pediatrik di hospital untuk dipertimbangkan untuk rawatan tampalan secara sedasi atau bius am.
Dr Kalaiarasu
Assalam Dr. & Salam Sejahtera..Saya ingin bertanya berkenaan gigi anak saya yang berumur 11 tahun yang mana gigi hadapannya (gigi kapak) agak terkedepan. bolehkah gigi ini dicabut dan kalau dicabut adakah gigi baru masih akan tumbuh…harap Dr. dapat memberi penjelasan..terima kasih.
En Abdul Salam
Salam sejahtera. Pada usia 11 tahun, gigi hadapan (incisor) adalah gigi kekal, dan sekiranya dicabut, tidak ada gigi baru yang akan tumbuh.
Rawatan yang paling sesuai untuk gigi hadapan yang agak kehadapan adalah rawatan ortodontik. Ada pelbagai jenis aplians atau alat pendakap gigi (braces) yang boleh digunakan untuk membetulkan susunan gigi secara teratur. Pada lingkungan umur 11 tahun, anak disarankan berjumpa dengan seorang Pakar Ortodontik untuk pemeriksaan dan nasihat rawatan.
Dr Kalaiarasu
Salam Dr, saya ingin bertanya mengenai gigi saya. Saya telah mencabut gigi bongsu geraham kerana telah berlubang. Tetapi saya dapati masih terdapat akarnya yang tertinggal selepas saya kembali ke rumah. Adakah perkara tersebut akan memberi kesan kepada saya? Perlukah saya menjalani pembedahan untuk mengeluarkannya?…ok.tq
Hi Raha,
Salam sejahtera. Pertanyaan Raha adalah tentang akar gigi bongsu geraham yang tertinggal selepas cabutan. Perkara ini sering berlaku kerana akar gigi bongsu agak kompleks dan mudah fraktur semasa cabutan, terutamanya apabila gigi bongsu terimpak (tersangkut dalam tulang.
Apabila akar gigi tertinggal dalam soket cabutan, doktor gigi akan cuba mengeluarkannya sekiranya saiz akar gigi itu besar, dan prosedur ini mungkin memerlukan pembedahan kecil. Manakala, bahagian akar gigi yang kecil (< 1/3 saiz akar) boleh ditinggalkan di dalam tulang rahang tanpa dikeluarkan dan soket cabutan akan sembuh secara normal. Walaupun demikian, Raha perlu jaga kesihatan mulut dengan baik untuk mengelakkan jangkitan soket cabutan sehingga soket sembuh sepenuhnya. Raha perlu berjumpa dengan doktor gigi sekiranya soket tidak sembuh ataupun mengalami kesakitan akibat daripada akar yang tertinggal.
Dr Kalaiarasu
tq..atas info diberi.
Salam doktor,ank sy ada terjatuh pd umur 4thn,gigi susu bhg depan di atas terlah tercabut 3 btg sekali.Tapi skg dia dah darjah 1,sampai skg gigi kekal tidak tumbuh-tumbuh lagi.Apa yg harus sy lakukan doktor?
Puan Zulieana,
Salam sejahtera. Anak puan telah mengalami kecederaan gigi di mana 3 batang gigi susu hadapan telah tercabut pada usia 4 tahun. Sekiranya kecederaan gigi tidak kompleks, soket-soket gigi akan sembuh dan dalam keadaan normal gigi kekal akan tumbuh (erupsi) di tempat yang sama di antara usia 7 hingga 8 tahun. Mengikut perkiraan umur anak puan, masih ada masa untuk pertumbuhan gigi secara normal.
Kadang-kadang kecederaan gigi susu hadapan boleh menyebabkan pertumbuhan gigi kekal terganggu. Ini boleh lambatkan proses erupsi gigi kekal, dan ada juga kecederaan gigi susu yang boleh menukar posisi gigi kekal (dilaceration) sehingga gigi kekal tidak tumbuh ke dalam mulut. Dalam keadaan ini, permeriksaan radiograf perlu dilakukan untuk mempastikan gigi kekal berada dalam keadaan normal.
Puan boleh membawa anak berjumpa dengan Pakar Pergigian Pediatrik untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut sekiranya gigi kekal masih tidak tumbuh pada usia 8 tahun.
Dr Kalaiarasu
Salam doktor,saya berusia 21 ,sy mengalami pertumbuhan gigi berlapis sejak umr 17.Dan saya dapati gigi sy akan berlapis lagi kerana rasa macam ada gigi akan tumbuh lagi di gusi,sy mijat gusi tu dan rasa gigi akan tumbuh..Sy risau akan pertumbuhan gigi sy di usia sebegini,adakah berbahaya kalau mencabut gigi berlapis tu?
Hi Amri,
Salam sejahtera. Pada usia 17 tahun, hampir kesemua gigi kekal akan genap pertumbuhan ke dalam mulut(kecuali gigi geraham bongsu). Dalam keadaan ini, sekiranya kesesakan arkus (tulang rahang gigi) berlaku, gigi akan kelihatan berlapis. Gigi geraham bongsu pula akan mula tumbuh ke dalam mulut mulai usia 18 tahun sehingga 25 tahun, dan ianya boleh menyulitkan kesesakan gigi pada arkus.
Gigi yang berlapis boleh dirawat dengan menggunakan appians ortodontik (pendakap gigi). Amri disyorkan berjumpa dengan seorang Pakar Ortodontik untuk pemeriksaan dan nasihat rawatan. Setelah itu, cabutan gigi berlapis boleh dilakukan secara normal ataupun melalui pembedahan, dan prosedur ini tidak berbahaya dengan perancangan yang betul.
Dr Kalaiarasu
Hi doktor…sy nk tanya ank sy umur 3thun lbh…sy perasaan gigi bwh dia akn tutup gigi ats bla dia cntum gigi ats n bawah…adakan nnt akan jd problem untuk dia bila dah besar?…atau bila dah besar keadaan akn kembali normal?..stakat sekarang gigi dia ok cntik….ok tq
Puan,
Pada usia 3 tahun, seorang kanak-kanak akan genap pertumbuhan gigi susu dan pertumbuhan rahang akan memberi gigitan yang normal di mana gigi atas akan menggigit di hadapan gigi bawah.
Sekiranya, gigi atas menggigit di belakang gigi bawah, ianya digelar gigitan silang. Perkara ini perlu di awasi kerana masaalah gigitan ini akan mengganggu pembentukan gigitan gigi kekal dan rahang yang normal pada usia dewasa.
Puan disyorkan membawa anak berjumpa dengan seorang Pakar Ortodontik untuk pemeriksaan dan nasihat rawatan. Adakala, rawatan awal perlu dilakukan semasa gigi campuran (7-11 tahun) disebabkan gigitan silang yang menyebabkan gigi bawah menjadi longgar ataupun berlaku kecederaan kepada gusi.
Dr Kalaiarasu
hai dr . saya ingin memakai braces dan setelah xray dilakukan saya ada gigi susu yang belum tercabut dan gigi kekal ada di dalam gusi .saya sudah berusia 21 tahun.adakah saya masih berpeluang memakai braces dan jika pembedahan mengeluarkan gigi kekal dijalankan berapakah anggaran kosnya ? terima kasih doktor 🙂
Hi Sya
Pemeriksaan radiograf (xray) Sya telah menunjukkan bahawa masih terdapat gigi susu yang belum tercabut dan ada gigi kekal di dalam gusi walaupun Sya telah berusia 21 tahun. Dalam keadaan normal, kesemua gigi susu akan diganti sebelum usia 14 tahun. Sekiranya masih terdapat gigi susu maka seringkali ianya berlaku kerana kekurangan bilangan gigi kekal (hypodontia) ataupun gigi kekal telah mengalami masalah erupsi (malposition) dan gigi susu telah mengalami ankylosis (tercantum dengan tulang rahang).
Rawatan ortodontik atau braces masih boleh dilakukan pada usia 21 tahun dan Pakar Ortodontik akan membuat perancangan rawatan berpandu kepada keadaan maloklusi (gigi tidak teratur). Juga, sekiranya cabutan surgikal (pembedahan kecil) diperlukan untuk gigi kekal yang masih ada di dalam gusi, Pakar Ortodontik akan rujuk Sya kepada seorang Pakar Bedah Mulut samada di hospital kerajaan atau swasta mengikut keadaan. Kos pembedahan bergantung kepada kerumitan pembedahan dan dianggarkan RM700 ke atas.
Dr Kalaiarasu
Hai Dr. Saya nak tanya pasal gigi saya. I’m 19,masa 14 ada buat root canal treatment untuk front teeth.and sekarang antara tampalan dan gigi asal ada warna kehitaman. Apa puncanya dan rawatan yg sesuai?
Hi Ida,
Salam sejahtera. Root canal treatment atau rawatan salur akar dilakukan untuk gigi yang telah mengalami kerosakan pulpa yang teruk ataupun pulpa yang telah mati (non-vital). Rawatan ini bertujuan untuk membersihkan ruang kanal akar dan seterusnya ruang ini ditampal dengan bahan tampalan akar. Apabila rawatan kanal akar telah disiapkan, gigi akan ditampal dengan menggunakan bahan tampalan gigi yang sesuai.
Walau bagaimanapun, gigi yang mengalami kerosakan pulpa dan telah dirawat kanalnya, seringkali akan bertukar warna secara beransur. Ini mungkin disebabkan oleh degradasi sisa-sisa tisu pulpa dalam tubul dentinal(paip kecil dalam bahan keras gigi) ataupun daripada bahan tampalan kanal akar yang masuk ke dalam tubul dentinal. Sekiranya ini berlaku, bahan keras gigi akan bertukar warna dan akan kelihatan kekelabuan atau kehitaman.
Pada umumnya, gigi yang telah mengalami perubahan warna dirawat dengan kaedah pemutihan dalaman (internal bleaching)sebelum ditampal semula. Pemutihan dalaman boleh menghilangkan kehitaman dalam tisu keras gigi dan kembalikan gigi kepada warna asal. Sekiranya, gigi itu mempunyai tampalan yang besar ataupun telah mengalami kehilangan sebahagian besar strukturnya, maka rawatan yang disyorkan adalah tampalan korona.
Ida dinasihatan untuk berjumpa dengan doktor gigi untuk pemerisksaan dan rawatan susulan.
Dr Kalaiarasu
Doc.. Sy ade ank umur 4 thn lbh… Gigi die dh start rosak dr umr 2 thn.. Skrg gigi byk yg rosak dan tinggal tunggul hitam.. Soalan sy blh ke cabut byk gigi sekaligus?
Puan Alina,
Salam sejahtera. Sekiranya terdapat banyak gigi susu yang telah rosak dan tinggal tunggul gigi sahaja, ianya digelar Karies Awal Gigi (Severe Early Childhood Caries). Dalam keadaan ini, cabutan gigi sekaligus boleh dilakukan, dan rawatan ini biasanya dijalankan oleh seorang Pakar Pergigian Pediatrik dengan menggunakan bius am di hospital.
Dr Kalaiarasu
Salam Sejahtera Dr Kalai dan Dr Noren,
Untuk makluman Dr. anak saya baru berumur 1 tahun 7 bulan (fully breastfeeding), namun daripada pemerhatian saya dapati 4 gigi hadapan anak menunjukkan ciri-ciri tooth decay walaupun saya kerap memberus gigi dan pemakanan anak adalah terkawal (xambil junk food,candies,etc). Kini gigi hadapan anak telah mukla menghakis dan menunjukkan kekuningan yang teruk. Apakah rawatan yang sesuai untuk anak saya dan bagaimana cara untuk menghilangkan decay atau melambatkan proses decay tersebut.Adakah sebarang suppplement boleh diambil untuk mengawal masalah tersbut. Thx in advance Dr..
Puan Rai,
Anak saya berusia genap 2 tahun bulan ni, mengalami masalah sama macam Puan Rai, fully bfeed bila dengan saya, cuma menggunakan botol bila di rumah pengasuh. 4 batang gigi depan fully rosak, tinggal tunggul, baru-baru ni mengalami bengkak dan nanah di gusi, saya bawa jumpa dentist (dentist biasa) doktor cuma suggest saya pastikan kebersihan gigi sehingga gigi kekal tumbuh, baru boleh buat apa-apa rawatan pada tunggul gigi susu yang rosak tu. Saya juga menantikan jawapan dari Dr Kalai dan Dr Noren, apa rawatan sesuai untuk halang kerosakan gigi tu makin teruk dan kena gigi lain.
Puan Rai dan Puan Liz
Harap maaf sebab terlepas jawapan. Karies awal gigi kanak-kanak adalah satu masalah kesihatan mulut, khasnya dikalangan kanak-kanak yang menggunakan botol susu semasa tidur diwaktu malam. Pada waktu tidur, pengeluaran air liur akan berkurangan dan oleh itu keupayaan air liur untuk bertindak balas ke atas bakteria yang menjana gula daripada susu juga berkurangan. Gula adalah punca utama kerosakan gigi berlaku pada kanak-kanak pada peringkat awal. Perkara ini juga kelihatan dikalangan kanak-kanak yang bersusu badan (breastfeeding) secara lanjutan (prolonged breastfeeding) semasa tidur.
Pada peringkat awal, gigi akan bertukar daripada warna putih ke kekuningan, dan seterusnya berwarna coklat atau hitam. Apabila proses kerosakan telah kronik, gigi akan mula terhakis sehingga meninggalkan tunggal gigi. Kerosakan gigi yang melibatkan saraf gigi atau pulpa boleh mengakibatkan sakit gigi, bengkak gusi dan nanah di gusi. Pada peringkat ini hanya cabutan gigi akan disyorkan oleh doktor gigi.
Dari segi penjagaan, secara amnya, pemberian susu semasa tidur diwaktu malam perlu dikurangkan. Sekiranya terpaksa memberi susu di waktu malam, adalah disarankan minuman air masak (cooled boiled water) diberi selepas pemberian susu. Juga, amalan pembersihan gigi dengan menggunakan berus gigi berkepala kecil yang lembut dan ubat gigi kanak-kanak berflorida dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari, terutamanya sebelum tidur.
Secara profesional, doktor gigi juga boleh menyapu varnis berflorida pada permukaan gigi untuk melambatkan proses kerosakan gigi. Disamping itu, tampalan gigi yang sesuai untuk mengawal serta membentuk semula rupa gigi boleh dilakukan oleh doktor gigi.
Dr Kalaiarasu
Salam sejahtera Dr kalaiarasu
Terima kasih atas feedback yang diberikan untuk soalan saya sebelum ini. Terkini,seorang doktor yang merawat saya telah memberi saya satu rujukan rawatan ortodontik yang akan ditemujanjikan dengan pakar ortodontik pada februari 2015. Di dalam rujukan rawatan ortodontik, saya mengalami masalah gigi desidus tertinggal dan gigi terimpak. Apakah kemungkinan besar yang akan berlaku pada temujanji saya dengan pakar ortodontik ? Saya juga diberitahu kemungkinan akan menjalani pembedahan.
Hello Nisa,
Salam sejahtera. Adalah amat sesuai doktor gigi Nisa telahpun membuat rujukan kepada seorang Pakar Ortodontik untuk konsultasi berhubung dengan masalah gigi desidus tertinggal dan gigi terimpak.
Pakar Ortodontik secara amnya akan melakukan pemeriksaan terhadap perkembangan paras muka dan rahang gigi serta status kegigian. Perundingan ini akan melibatkan pemeriksaan klinikal, radiograpi serta model kajian gigi. Bergantung kepada diagnosis, Pakar Ortodontik akan mengesyorkan pelan rawatan ortodontik dengan menggunakan aplians ortodontik tetap ataupun boleh tanggal.
Dari segi rawatan pembedahan, bagi gigi desidus yang tertinggal dan gigi kekal terimpak, ianya bergantung kepada perundingan dengan Pakar Ortodontik yang merawat Nisa. Pembedahan mungkin simple; cabutan gigi desidus dengan menggunakan bius setempat ataupun kompleks; cabutan surgikal bagi gigi kekal terimpak. Ada juga pembedahan yang dilakukan untuk membolehkan pergerakan gigi terimpak ke dalam mulut (expose & bond). Pembedahan ini dilakukan berdasarkan pelan rawatan Pakar Ortodontik. Secara am, pembedahan mulut untuk kanak-kanak berumur 16 tahun ke bawah dilakukan oleh seorang Pakar Pergigian Pediatrik, dan untuk dewasa pula dilakukan oleh Pakar Bedah Mulut samada menggunakan bius setempat ataupun bius am.
Untuk maklumat rawatan ortodontik, Nisa boleh merujuk halaman Malaysian Association of Orthodontists http://www.mao.org.my
Terima kasih
Dr Kalaiarasu
salam sejahtera doc,
Anak saya berumur 3 tahun 11 bulan. kini telah mengalami kerosakan gigi kacip tetapi tidak goyang. untuk pengetahuan doc, gigi kacip tersebut telah berlubang dan lapisan enamel telah tiada. Anak saya kerap menangis dan mengadu sakit gigi. Adakalanya anak saya tidak mahu makan akibat dari gigi kacipnya yang sakit. saya telah bawa anak saya ke klinik gigi, tetapi telah diberikan ubat antibiotik dan tahan sakit sahaja. Malangnya, ia tidak memberi kesan kepada anak saya. Saya ingin bertanya pendapat doc bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah sakit gigi anak saya ini dapat meredakan supaya anak saya dapat makan seperti biasa.
Kfaidzal,
Salam sejahtera. Kerosakan gigi kacip kepada anak digelar sebagai Karies Awal Kanak-Kanak (Early Childhood Caries). Faktor utama yang yang dikaitkan dengan karies sedemikian adalah penggunaan botol susu terutamanya diwaktu malam. Apabila gigi yang mengalami karies telahpun berlubang, ianya akan mengakibatkan keradangan pulpa (saraf gigi) yang boleh membuat gigi terasa sakit apabila makan ataupun minum.
Rawatan secara komprehensif perlu dilakukan untuk Karies Awal Kanak-kanak. Rawatan ini melibatkan pencegahan klinikal dengan menggunakan sapuan varnis berfluorida, menggunakan bahan tampalan untuk menstabilkan kerosakan gigi dan seterusnya merawat gigi dengan tampalan kekal. Sekiranya gigi tersebut tidak sesuai untuk ditampal ataupun rawatan pulpa tidak sesuai kerana gigi telah “mati” disebabkan keradangan gigi yang kronik, maka doktor gigi akan mengesyorkan cabutan gigi sebagai rawatan yang sesuai untuk mengatasi masalah sakit gigi.
Mengikut keadaan kerosakan gigi dan keupayaan kanak-kanak untuk menerima rawatan diklinik, doktor gigi mungkin akan merujuk anak kepada seorang Pakar Pergigian Pediatrik di hospital untuk dipertimbangkan untuk rawatan komprehensif tampalan serta cabutan dengan bius am.
Terima kasih.
Dr Kalaiarasu
salam sejahtera doc,
ank saya 5thn. ada gigi yg nak tumbuh tapi gigi susu dia elok lagi. tak goyang. yg tumbuh tu gigi kekal ke? gigi depan bahagian bawah. normal ke. gigi susu tu kene cabut ke walaupon masih cantik dan x goyang..
Puan Wati,
Salam sejahtera. Sekitar umur anak mencapai 5-6 tahun, gigi kekal akan mula tumbuh (erupsi) ke dalam mulut. Lazimnya, gigi kacip bawah (mandibular incisor) adalah gigi pertama yang muncul ke dalam mulut.
Proses erupsi gigi kekal sememangnya berlaku dengan penggantian gigi susu. Walaupun demikian, erupsi gigi kekal boleh berlaku tanpa penggantian gigi susu pendahulu dan kedua-dua gigi akan kelihatan seperti berlapis di dalam mulut. Keadaan ini sering berlaku pada bahagian gigi kacip mandible (rahang bawah). Sekiranya berlaku kegagalan perlepasan gigi susu dalam jangkamasa lebih kurang 6 bulan selepas erupsi gigi kekal, adalah disyorkan supaya gigi susu tersebut dicabut untuk membolehkan gigi kekal membetulkan posisi secara spontan.
Terima kasih
Dr Kalaiarasu
Assalamualaikum dan selamat sejahtera doktor..
Anak saya berumur 3 tahun skrg dia mnglami bengkak gusi krn gigi gerahamnya berlubang, demam on off, makan pn dh tak nak..sya dh pn bwa bjmpa doktor gigi dan diberi ubat antibiotic n demam. Kata doktor selepas 5hari dtg blk utk buat tampalan pada gigi geraham trsbut. Soalan sya bolehkah kanak2 di usia ini mmbuat tampalan gigi dan apa kesan selepas tmpalan tu nnt? Adakah gigi geraham itu akn kekal sehingga mrk besar kelak? Dan apakah saranan yg lbh baik utk mslahah ank sya ini, perlukah ianya di tampal atau dicabut?
Puan Fara,
Salam sejahtera. Berhubung dengan soalan puan, sekiranya anak puan telah mengalami bengkak gusi yang disebabkan oleh gigi geraham yang rosak (gigi berlubang), ianya menunjukkan bahawa karies gigi telah melibatkan pulpa (ataupun saraf gigi) dan dijangkiti kuman. Apabila gusi telah bengkak, doktor gigi akan memberi ubat antibiotik untuk mengawal jangkitan dan juga ubat untuk menahan sakit. Selepas berapa hari, bengkak gusi akan mula sembuh dan puan perlu membawa anak untuk berjumpa dengan doktor gigi untuk menentukan rawatan selanjut untuk gigi geraham yang telah rosak.
Doktor gigi boleh merawat gigi geraham tersebut dengan membuat rawatan akar (pulpektomi) dan seterusnya menampal gigi dengan tampalan yang sesuai. Rawatan pulpektomi adalah untuk membersihkan ruang pulpa (saraf yang telah mati) sebelum tampalan dibuat pada gigi geraham tersebut. Dengan cara ini, jangkitan semula untuk gigi tersebut dapat dielakkan. Walaupun demikian, rawatan pulpa adalah sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai keadaan kegigian yang sempurna dan juga gigi tersebut tidak mengalami kerosakan yang teruk.Sekiranya gigi geraham telah mengalami kerosakan yang teruk, maka doktor gigi akan mengesorkan gigi tersebut dicabut dengan menggunakan suntikan setempat (local anaesthetic). Sekiranya, anak puan merasa cemas untuk dirawat ataupun tidak menerima rawatan dengan menggunakan suntikan setempat, maka doktor gigi akan membuat rujukan ke hospital kepada pakar pergigian pediatrik supaya cabutan gigi di bawah sedasi atau bius am(general anaesthetic).
Sekian, terima kasih.
Dr Kalaiarasu
Salam sejahtera doktor
2 hari lepas saya membuat pemeriksaan gigi di klinik pergigian dan mendapati masih banyak gigi susu walaupun saya sudah berusia 16 tahun. Kemudian doktor mengesyorkan saya untuk cabut gigi susu tersebut jadi adakah selepas saya cabut gigi susu akan digantikan dengan gigi kekal pada umur seperti ini?. Selain itu, di bahagian gusi kiri atas saya terdapat gigi kekal yg mula tumbuh tetapi tidak dapat keluar kerana disekat oleh gigi susu. Adakah saya harus membiarkan sahaja gigi susu saya atau dicabut ? Saya risau kalau saya cabut gigi susu, gigi kekal tak tumbuh.
Hello Nisa,
Salam sejahtera. Lazimnya, kesemua gigi kekal kecuali gigi bongsu (geraham ketiga)telah tumbuh ke dalam mulut pada usia 16 tahun. Sekiranya masih terdapat banyak gigi susu yang kekal di dalam mulut pada usia ini, pada kebiasaannya ianya berpunca daripada kekurangan bilangan gigi kekal secara semulajadi (hypodontia) ataupun gigi kekal telah terimpak (tersekat) di dalam rahang. Ada juga keadaan di mana gigi kekal dan gigi susu akan berlapis kerana gigi susu lambat gugur (jatuh), dan ini berlaku kerana gigi susu telah mengalami ankylosis (tersekat pada tulang gigi).
Seharusnya, pemeriksaan x-ray (radiography) perlu dilakukan untuk menentukan masalah sebenar yang menyebabkan gigi susu masih kekal pada usia dewasa. Adalah disarankan Nisa berjumpa dengan seorang Pakar Ortodontik (Pakar yang membuat rawatan braces) untuk konsultasi dan penentuan rawatan sebelum cabutan gigi susu dilakukan.
Sekian, terima kasih
Dr Kalaiarasu
Puan Faraliza,
Kerosakan gigi hadapan dan geraham pada anak-anak kecil dikenali sebagai karies rampan. Ianya merupakan kerosakan gigi susu (desidus)yang spesifik, dan satu-satu penyebab utama adalah pemberian susu botol sewaktu tidur. Kerosakan gigi akan berlaku secara cepat dan permukaan gigi akan terlihat coklat atau hitam. Secara umumnya, rawatan yang diberi bergantung kepada keadaan gigi yang telah rosak. Sekiranya gigi telah berlubang sehingga menampakkan gusi, maka gigi tersebut akan dicabut untuk mengelakkan jangkitan gusi yang bernanah. Manakala, untuk gigi-gigi rosak tetapi tidak melibatkan saraf gigi, ianya boleh dirawat dengan tampalan (restorasi) secara menyeluruh. Pada masa yang sama, kawalan diet dan rawatan pencegahan perlu diamalkan untuk mengelakkan kerosakan gigi. Puan boleh membawa anak-anak untuk diperiksa oleh doktor gigi untuk membincangkan rawatan yang sesuai untuk anak-anak. Untuk kanak-kanak yang merasa takut terhadap rawatan gigi ataupun memerlukan cabutan serta tampalan yang banyak, adalah sesuai rawatan dilakukan dibawah bius am di hospital oleh seorang pakar pergigian kanak-kanak.
Salam doc. 2 org anak saya mengalami kerosakan gigi.
abangnya berumur 8thn. Gigi gerahamnya berlubang dan telah menampakkan hampir gusinya.begitu juga adiknya yg berusia 3thn.gigi depannya telah rosak dan menjadi serpihan dan berwarna coklat akibat menghisap botol susu waktu tidur.yang membimbangkan saya adalah gigi geraham mereka.adakah gigi tersebut akan tumbuh yang baru? Bagaimana pula penjagaan gigi yg rosak tersebut? Perlukah dicabut ataupun tunggu sehingga ia gugur sendiri?
Puan Faraliza,
Kerosakan gigi hadapan dan geraham pada anak-anak kecil dikenali sebagai karies rampan. Ianya merupakan kerosakan gigi susu (desidus)yang spesifik, dan satu-satu penyebab utama adalah pemberian susu botol sewaktu tidur. Kerosakan gigi akan berlaku secara cepat dan permukaan gigi akan terlihat coklat atau hitam. Secara umumnya, rawatan yang diberi bergantung kepada keadaan gigi yang telah rosak. Sekiranya gigi telah berlubang sehingga menampakkan gusi, maka gigi tersebut akan dicabut untuk mengelakkan jangkitan gusi yang bernanah. Manakala, untuk gigi-gigi rosak tetapi tidak melibatkan saraf gigi, ianya boleh dirawat dengan tampalan (restorasi) secara menyeluruh. Pada masa yang sama, kawalan diet dan rawatan pencegahan perlu diamalkan untuk mengelakkan kerosakan gigi. Puan boleh membawa anak-anak untuk diperiksa oleh doktor gigi untuk membincangkan rawatan yang sesuai untuk anak-anak. Untuk kanak-kanak yang merasa takut terhadap rawatan gigi ataupun memerlukan cabutan serta tampalan yang banyak, adalah sesuai rawatan dilakukan dibawah bius am di hospital oleh seorang pakar pergigian kanak-kanak.
Terima kasih
Dr Kalaiarasu
Salam doktor …ank saya berumur 7 bln skrg ini ..,,dlm umur nya ini ,ank sya tumbuh gigi bawah rahang dua gigi ..tp dlm masa yg sama ank gusi sya di kiri bengkak mnjd kemerahan2x tp soalan sya .adakah bengkak itu kerna tumbuh giginya?? Adakh itu biasa bayi??
Salam Puan Amynorsamsirah,
Saya kuarng jelas sama ada gusi yang bengkak kemerahan itu adalah di tempat gigi bawah yang sedang tumbuh atau di tempat lain. Jika ianya di tempat gigi yang sedang tumbuh, adalah biasa gusi menjadi sedikit kemerahan kerana inflamasai dan iritasi gusi. Puan boleh sapukan ‘bonjela’ atau pun ‘gengigel’ yang boleh dibeli daripada farmasi untuk melegakan gusi di tempat gigi yang tumbuh. Puan juga boleh melakukan ‘chlorhexidine swab’ pada gusi yang kemerahan itu bagi mengurangkan bakteria di situ. Ianya boleh dilakukan dengan membasahkan kapas dengan ubat kumur chlorhexidine dan bersihkan gusi berkenaan dengan kapas tersebut. Saya harap ini dapat membantu Puan & anak Puan. Sekiranya Puan mahukan maklumat lanjut, Puan juga boleh membawa anak Puan bertemu doktor gigi untuk pemeriksaan. Terima kasih.
salam doc.nk tnya apakah masalah gigi saya.bila gigi bongsu dah cabut..tp gigi kekal msih tidak tumbuh
.dah setahun dah..banyak gigi kekal tidak tumbuh.dan msih ada dua batang gigi bongsu tidak patah2.menyebabkan gigi atas tidak cukup dan jarang sangat.umur saya tahun depan(2015)dah 18 tahun
Salam Ieyjah,
Adakah gigi bongsu yang awak maksudkan sebenanrnya adalah gigi susu? Gigi susu dan gigi bongsu adalah gigi yang berbeza. Gigi susu adalah kegigian kanak-kanak manakala gigi bongsu adalah gigi geraham ketiga kekal yang biasanya mula tumbuh sekitar usia 18 tahun. Gigi bongsu biasanya di bahagian belakang rahang, dan bukannya di depan. Saya sarankan agar Ieyjah segera bertemu doktor gigi agar pemeriksaan lanjut dapat dilakukan termasuk pemeriksaan radiografi/x-ray untuk memeriksa sama ada gigi kekal ada di dalam rahang atau pun tidak dan mengenalpasti punca gigi kekal tidak tumbuh pada usia yang sepatutnya. Terdapat keadaan dinamakan ‘hypodontia’ di mana gigi kekal tertentu memang tidak terbentuk di dalam rahang dan itulah sebabnya gigi susu lambat tanggal dan gigi kekal tidak tumbuh pada waktu yang sepatutnya. Ada juga kes di mana gigi kekal terimpak (impacted) dan ini juga boleh menyebabkan gigi kekal tidak tumbuh.
selamat pagi doctor..
anak perempuan saya berumur 2 tahun 1 bulan.pada bulan 9 anak saya telah jatuh katil..muka tersembam kebawah..sejak dari hari tu terdapat benjolan diatas gusi gigi depan anak saya.benjolan itu berwarna merah.saya ada bawa pergi klinik kesihatan,doktor just kata itu ulser.
2 minggu selepas itu,saya tergerak nak bawa g klinik gigi,then doctor perasan benjolan itu dan mengatakan benjolan itu adalah infection.doktor bagi antibiotic dan ubat demam.seminggu kemudian,benjolan itu kecut.dan doctor kata ok.
seminggu yang lepas..anak saya demam dan saya tengok benjolan itu benjol balik dan doktor mengesyorkan rujuk klinik gigi balik.
bila g klinik gigi,doktor suruh rujuk pakar gigi di hospital sebab dia xberani bg ubat lagi sebb sebelum ni da bagi.
saya bawa g klinik gigi,doktor mengesorkan appointment akan datng supaya gigi anak saya di x-ray dan kemungkinan gigi depan anak saya akan dicabut.
Ada x cara supaya gigi anak saya tak dicabut.doktor mengesyorkan keadaan ini sebab benjolan itu on off.
Rawatan akar xsesuai untuk budak.
Saya nak tahu jika gigi depan anak saya dicabut apa kesan untuk jangka panjang.ada y kata cabut gigi kanak-kanak boleh membuat budak rabun.
Sekian,terima kasih
Puan Liza,
Berdasarkan penerangan Puan, benjolan itu adalah jangkitan kuman akibat trauma pada gigi hadapan berkenaan. Rawatan yang boleh diberikan ialah sama ada rawatan akar (pulpectomy) atau pun cabutan. Memandangkan umur anak Puan yang masih kecil, mungkin agak sukar untuk dia memberikan kerjasama untuk rawatan akar (pulpectomy) tersebut kecuali ianya dilakukan semasa dia tidak sedar atau bius am (general anaesthesia). Jadi, alternatif lain ialah mencabut gigi berkenaan kerana jankitan yang berulang-ulang boleh menyebabkan kerosakan enamel gigi kekal yang sedang terbentuk di dalam rahang. Cabutan gigi susu pada usia yang muda boleh menyebabkan kehilangan ruang untuk gigi kekal tumbuh kelak, dan kesannya ialah gigi kekal mungkin akan berlapis. Ini semua bergantung kepada bentuk rahang dan saiz gigi anak Puan. Selepas cabutan, doktor gigi boleh meletakkan’ space maintainer’ (sekiranya perlu dan bergantung kepada kerjasama pesakit) untuk mengelakkan kehilangan ruang. Sekiranya ‘space maintainer’ tidak dapat dibuat, kanak-kanak tersebut perlu dimonitor sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk memastikan gigi bersebelahan tidak bergerak ke ruang yang ditinggalkan oleh gigi yang sudah dicabut.
Tanggapan bahawa cabutan gigi kanak-kanak boleh menyebabkan kanak-kanak berkenaan menjadi rabun adalah TIDAK BENAR sama sekali dan satu tanggapan yang tidak berasas. Terima kasih
hi doktor.ank sy sgt takut utk gosok gigi..tiap2 mlm time gosok gigu menangis bagaikn kena dera.dan gigi depan die sudah rosak kekuningan.kbnykn gigi lain sudah berplak.sy semakin rungsing tgk gigi dia.sungguhkasihan.kamI paksa jugak gosok gg dia takut nnt bengkak gusi.bagaimn nk pujuk ank sy gosok gigi dgn baik.dh bnyk cr sy cuba.psiko…gosok gg sama2 pon dia xnk..bile mereka dewasa adakah gigi kekal mereka pon akn mudah rosak?
Puan Fiza,
Kanak-kanak kecil adakala takut atau enggan untuk memberus gigi walaupun dicuba berulangkali oleh ibubapa.
Umumnya, amalan membersihkan mulut perlu dimulakan pada peringkat bayi lagi, iaitu setiapkali selepas penyusuan dengan menggunakan kain lembut yang bersih dan basah. Dengan cara ini, bayi dibiasakan tentang keperluan membersihkan mulut. Seterusnya, apabila gigi susu telahpun tumbuh ke dalam mulut, berus gigi yang lembut pula digunakan untuk menjaga kebersihan gigi dan ibubapa boleh mula menggunakan ubat gigi kanak-kanak apabila anak telah mencapai usia dua tahun atau lebih.
Bagi anak yang takut menggosok gigi, pada peringkat permulaan, puan bolehlah menggunakan kain bersih dan basah untuk lap gigi pada waktu malam. Kemudian, pada waktu pagi, puan boleh menggunakan teknik memberus gigi seperti berikut. Mulakan dengan duduk anak anda di atas kerusi sambil memandang mukanya. Puan juga boleh cuba tayangan kartun memberus gigi bagi menggalakkan anak untuk memberus gigi.Kemudian, dengan berdiri dibelakangnya, keliling satu lengan pada kepalanya dan angkat bibir atas dan seterusnya berus gigi dengan tangan anda yang lain. Untuk beberapa hari pertama, hanya tumpukan perhatian pada gigi hadapan sahaja, kemudian beransur-ansur meneruskan untuk membersihkan gigi yang lain terutamanya gigi geraham.
Puan perlu memilih berus lembut dengan kepala kecil dan pemegang besar, mungkin satu dengan watak kartun. Puan juga boleh menggunakan berus gigi elektrik yang saiz bersesuaian. Juga, memperkenalkan sejumlah kecil (smear) ubat gigi kanak-kanak setiap masa semasa memberus. Selepas memberus, lap gigi dengan kain basah yang bersih dan kemudian apabila dia mampu, galakkan anak anda untuk berkumur dengan air. Puan perlu membersihkan gigi anak dengan sempurna sekurang-kurangnya sekali dalam sehari buat ketika ini, sehingga anak mula menggosok gigi di waktu malam.
Bagi gigi susu yang nampak kekuningan, ianya adalah tanda gigi telah mula rosak. Dengan mengunakan ubat gigi kanak-kanak yang berflorida kerosakan gigi dapat dikawal tetapi rawatan profesional doktor gigi mungkin diperlukan sebelum gigi mengalami kerosakan yang lebih. Gigi kekal juga akan mudah rosak sekiranya kanak-kanak tidak memberus gigi pada usia mula jadi dewasa. Oleh itu, jangan putus asa dan terus perkenalkan secara berperingkat teknik memberus gigi dan pasti anak puan akan mula memberus gigi secara biasa.
Dr Kalaiarasu
Dr.anak lelaki saya berusia 10 tahun mengadu sakit gusi di bahagian geraham bawah.adakah ini normal.
Puan Shikin,
Sakit gusi ada pelbagai punca. Lazimnya, sakit gusi disebabkan gigi susu yang rosak. Sekiranya gigi susu pada keadaan tanpa karies atau kerosakan, sakit gusi mungkin berkaitan dengan gigi kekal yang sedang tumbuh kedalam mulut.
Sakit gusi juga berlaku apabila kebersihan gusi tidak dijaga atau terdapat kecederaan gusi serta ulser. Puan perlu membawa anak untuk diperiksa oleh doktor gigi bagi mendapat nasihat profesional.
Dr Kalaiarasu
Puan Nurul Nahdiyah,
Karies gigi hadapan pada usia dua tahun secara umum memberi gambaran risiko karies yang tinggi. Seringkali, ianya disebabkan tabiat menghisap botol susu semasa tidur. Oleh itu, adalah disarankan supaya kanak-kanak hentikan tabiat menghisap botol susu untuk menggelakkan kejadian karies.
Apabila lapisan luar gigi (enamel) telah rosak, bahagian di dalam gigi (dentin) akan turut rosak (karies). Gigi yang rosak akan rasa ‘sakit apabila terkena makanan sejuk atau panas. Walaupun demikian, karies gigi pada peringkat awal boleh dirawat, dan adalah sesuai untuk anak puan dibawa berjumpa dengan seorang doktor gigi kanak-kanak dalam masa yang terdekat.
Pada peringkat awal, sapuan florida (varnis) boleh dilakukan untuk mengawal karies gigi. Seterusnya, gigi akan ditampal dengan menggunakan bahan-bahan tampalan sewarna gigi untuk kembalikan rupa gigi seperti asal. Sekiranya gigi telah rosak sehingga ke bahagian saraf gigi, maka rawatan yang akan disyorkan adalah cabutan.
Dr Kalaiarasu
Doktor,gigi anak saya yang berusia dua tahun mengalamai karies gigi yang mungkin teruk saya rasa.bahagian hadapan giginya sudah rosak seperti terhakis dan sekarang dia berasa sedikit sakit di gigi hadapan sehingga saya sukar nak gosok gigi dia.perlukah saya rujuk ke klinik sekarang atau tunggu tanda-tanda giginya akan tercabut?
Hi Doctor,
Anak perempuan sy berumur 4 tahun.Masalahnya gigi hadapan dia ada sebatang masih belum tumbuh,sedangkan kesemua giginya yang lain telah tumbuh.Sehingga sekarang tiada tanda-tanda gigi tersebut akan tumbuh. Adakah ini normal? Atau saya perlu dapatkan rawatan selanjutnya?
Puan Siti,
Gigi primer (gigi susu) pada lazimnya akan tumbuh sepenuhnya apabila kanak-kanak berusia 36 bulan. Sekiranya gigi hadapan masih tidak tumbuh pada usia 4 tahun, ia biasanya disebabkan ruang untuk gigi tumbuh ke dalam mulut tidak mencukupi (lack of space) atau gigi terimpak (impaction) atau tidak terbentuk (hipodontia). Adakala gigi mungkin ‘terbenam’ dalam rahang disebabkan kecederaan gigi.
Puan perlu berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan dan siasatan X-Ray bagi menentukan sebab-sebab sebatang gigi susu hadapan masih tidak tumbuh pada usia 4 tahun. Rawatan pembedahan sekiranya perlu boleh dilakukan oleh pakar pergigian pediatrik.
Dr Kalai
Saya tina berusia 26 tahun. Saya pregnant anak pertana jadi normal la pemriksaan gg akan dibuat. Dr. Saya kata saya ada sebatang lg gg susu yg xdicabut. Jd apa kesan buruk akibat gg susu ini tidak tertanggal smpaila usia dewasa ni.
Puan Tina,
Congrats pregnant dengan anak pertama dan prihatin tentang penjagaan kesihatan mulut semasa mengandung. Amalan kesihatan mulut yang baik semasa mengandung boleh memberi kesan positif kepada bayi yang lahir di mana risiko kerosakan gigi adalah kurang.
Adakalanya gigi susu akan ‘kekal’ dalam mulut walaupun pada usia dewasa. Ia kerap disebabkan gigi kekal pengganti tidak tumbuh ke dalam mulut (terimpak) atau gigi kekal pengganti tidak terbentuk (hipodontia). Antara 3-5% dewasa mempunyai masalah sedemikian tanpa disedari kecuali melalui pemeriksaan gigi.
Oleh kerana puan sedang mengandung, dan sekiranya gigi susu yang tertinggal itu tidak bermasalah, adalah dinasihati pemeriksaan lanjut dengan X-ray atau rawatan dilakukan selepas puan selamat melahirkan anak. Dalam keadaan dimana gigi tersebut mempunyai masalah, rawatan secara selamat biasanya disyorkan dalam “Trimester Kedua”
Dr Kalai
Salam sejahtera dr,
Doktor, anak saya berusia 3 tahun 5 bulan. Anak sy menghadapi bengkak gusi dan bernanah. Telah ke klinik gg dan telah diberikan ubat antibiotic dan ubat demam. Selepas 5 hr, sy ke klinik semula dan doktor mengatakan bengkak tersebut telah surut dan nanah telah pecah. Doktor mengatakn gg anak sy perlu dicabut. Perlukah gg anak saya dicabut sewaktu masih bengkak lg atau pun tunggu sehingga baik?. Apakah kesan sekiranya geraham anak saya dicabut semasa umur 3 tahun ini?.
Puan Maz,
Sekiranya gigi susu telah rosak (karies) sehingga melibatkan pulpa (saraf gigi), ianya boleh mengalami jangkitan dan mengakibatkan bengkak gusi atau bernanah. Dalam keadaan akut ini, doktor akan merawat dengan memberi ubat antibiotik dan ubat penahan sakit (ubat demam). Melalui tindakbalas ubat antibiotik, pada kebiasaanya bengkak gusi akan hilang. Walaupun demikian, gigi yang telah rosak itu akan mengalami jangkitan semula pada suatu masa kelak, dan oleh itu doktor gigi akan mengesyorkan gigi anak perlu dicabut.
Cabutan gigi boleh dilakukan setelah bengkak gusi telah surut dengan menggunakan suntikan setempat (local anaesthetic). Sekiranya kanak-kanak berasa cemas terhadap suntikan, biasanya doktor gigi akan membuat rujukan ke hospital untuk cabutan gigi di bawah sedasi atau bius am(general anaesthetic).
Cabutan gigi geraham pada umur semasa 3 tahun boleh mengakibatkan kehilangan ruang gigi untuk penumbuhan gigi kekal secara sempurna ke dalam mulut. Keadaan ini tidak dapat dilihat sehingga kanak-kanak mencapai umur 10 atau 11 tahun. Di samping itu, trauma “cabutan” seringkali menjadikan kanak-kanak berasa cemas apabila hendak berjumpa dengan doktor gigi sehingga tidak mahu ke klinik gigi.
Walaupun demikian, adalah tidak wajar menyimpan gigi susu yang bernanah kerana jangkitan yang berulang boleh memberi kesan terhadap gigi kekal ataupun merebak ke bahagian muka. Keadaan ini yang bergelar “cellulitis” adalah serius dan memerlukan rawatan rapi di hospital.
Dr Kalai
salam sejahtera,
doctor,
baru-baru ini saya ada bawa anak saya y berumur 2 tahun g check gigi,
gigi dia semua ok tapi ade benjolan belah atas gusi gigi depan.
doctor kata ada infection n nanah,benjolan ini disebabkan kesan dr jatuh katil.
dan doktor telah bagi ubat antibiotic n paracetamol..
selepas 5 hari saya bawa balik jumpa doctor,doktor beritahu benjolan sudah kurang dan perlu jaga kebersihan mulut anak.dan gigi tak perlu dicabut sebab gigi anak elok sahaja.
selepas 2 3 hari, saya tengok benjolan itu jadi seperti biasa balik n keadaan ini merisaukan saya.
ape perlu saya buat?
bahaya tak keadaan ini?
sekian terima kasih
SalamPuan Liza,
Terima kasih kerana bertanya. Berdasarkan penerangan yang diberikan, benjolan pada gugi gigi yang jatuh itu menunjukkan terdapat jangkitan pada gigi berkenaan. Biasanya ia akan dirawat dengan pemberian antibiotik, namun selepas itu gigi tersebut perlu diberikan rawatan selanjutnya kerana gigi berkenaan sudah ‘mati’. Terdapat dua pilihan untuk merawat gigi berkenaan iaitu sama ada membuat rawatan akar (pulpectomy) ataupun gigi itu perlu dicabut kerana jangkitan yang berulang-ulang dan tidak diberi rawatan yang sewajarnya akan mengganggu pembentukan gigi kekal di dalam rahang. Oleh itu saya nasihatkan agar anda membawa anak anda bertemu doktor gigi dengan segera agar jangkitan pada gusi tidak berulang.
salam sejahtera doc.
sy ingin btanya tentang gigi ak sya… dia skrg bumur 4 tahun. kini gigi geraham bawah & atas berlubang hitam.. soalan sy ada kah gigi geraham tersebut gigi susu @ gigi kekal & perlukan sy membawaw dia bjumpa dgn doc utk proses tampalan?
Salam Sejahtera,
Untuk pengetahuan, kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah hanya mempunyai gigi susu sahaja. Gigi kekal pertama yg akan tumbuh ialah gigi geraham pertama yang biasanya akan tumbuh apabila kanak-kanak berusia kira-kira 6 tahun. Berbalik kepada soalan Tuan/Puan, gigi geraham yang terlibat ialah gigi susu. Apabila gigi berubah warna menjadi perang atau kehitaman, ini adalah tanda-tanda bahawa gigi ini berlubang. Untuk makluman, gigi berlubang boleh ditampal menggunakan tampalan sewarna gigi seperti composite, compomer dan glass ionomer dan juga material seperti amalgam. Jika gigi yang berlubang tidak dirawat segera, lubang ini boleh merebak sehingga ke saraf gigi (pulpa) dan rawatan yang lebih kompleks seperti rawatan kanal akar (pulp therapy) atau cabutan perlu dilakukan. Walau bagaimanapun, sekiranya lubang tersebut telah menjadi kehitaman dan tidak menyebabkan rasa sakit terutamanya apabila memakan makanan yang manis, panas atau sejuk, ada kemungkinan bahawa proses gigi berlubang (karies) ini telah berhenti (biasanya dinamakan arrested caries) dan tiada rawatan diperlukan. Saya sarankan agar Tuan/Puan dapat membawa anak Tuan/Puan bertemu doktor gigi secepat mungkin agar masalah gigi anak Tuan/Puan mendapat rawatan sewajarnya dengan segera.
-Dr Noren Nor-
Salam sejahtera dr,
2 batang gigi kekal anak saya telah tumbuh di belakang gigi susu (gigi kacip di bahagian bawah) dan dua gigi susu hadapan telah dicabut. setelah 2 minggu, saya baru terperasan bahawa kedua-dua gigi kekal tersebut agak besar dan ruang gigi susu yang telah dicabut tersebut tidak mencukupi untuk beri laluan kepada dua batang gigi kekal memasuki ruang tersebut. ini adalah kerana gigi susu anak saya kesemuanya agak kecil.
soalan saya,
adakah saya perlu mencabut gigi susu kiri dan kanan yang sedia ada? ataupun hanya perlu tunggu hingga gigi kekal lain tumbuh.
Sejahtera Tn/ Pn Dr.
Maafkan saya sbb soalan saya ini bukan berkaitan gigi bg budak/ child tp utk org dewasa . Begini Dr, saya ingin cabut gigi geraham bawah ( Kanan mulut ) dan saya adalah pesakit buah pinggang kronik stage 4. Soalan saya adakah berbahaya bagi saya cabut gigi dalam keadaan penyakit buah pinggang saya ini ?
harap sgt Tn Dr reply sbb susah sgt saya nk tanya dr di klinik klinik dengan busynya , n x ckup masa . tlong ya tn . Dr . saya tgh alami sakit gigi yang amat sgt sekarang .
TQ Dr.
Patient with chronic renal failure (sakit buah pinggang ) should seek treatment at hospital oral surgery units. You would require pre-op dialysis and assessment of clotting profile (ujian darah) about a day before procedure. In addition, you would require antibiotic cover for tooth extraction. If extraction is contraindicated due to poor renal and cardiovascular state, then in the interim root canal treatment can be carried out to control pain/infection. You can request for yr nephrologist to make a refer you to tbe dentist Dr. Kalai